Jumaat, 27 September 2019

Perkembangan Monetari & Kewangan 2011-2017


ini pula himpunan Perkembangan Monetari & Kewangan 2011-2017 yang boleh didapati dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan dari tahun 2011 sehingga 2017...

2011
Dasar monetari tahun 2011 kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di samping mengawal tekanan inflasi serta mengelakkan ketidakseimbangan kewangan. Berikutan daripada momentum pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2011, tahap dasar monetari yang akomodatif telah dilaraskan pada 5 Mei 2011 melalui kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00%. Kadar tersebut telah dikekalkan semasa semakan semula dasar pada bulan Julai setelah mengambil kira risiko inflasi serta peningkatan ketidaktentuan ekonomi global. Sementara itu, nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) telah dinaikkan sebanyak 100 bps setiap kali pada April, Mei dan Julai 2011 kepada 4.00% daripada kadar 1.00% yang ditetapkan sejak Mac 2009. Ini adalah langkah awal bagi mengurus peningkatan mudah tunai berlebihan yang menyebabkan peningkatan tekanan ke atas kadar tukaran asing dan harga aset.
Sektor kewangan telah mengalami perubahan besar sejak krisis kewangan Asia 97/98, hasil daripada pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Induk Pasaran Modal sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu. Sektor kewangan kini lebih kukuh, pelbagai serta berdaya tahan bagi menyokong aktiviti dalam semua sektor ekonomi dengan berkesan. Kedudukan permodalan yang teguh dan kualiti aset yang kukuh serta amalan pengurusan risiko yang berhemat telah menjadikan sistem kewangan lebih stabil dan berdaya tahan. Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2011, jumlah permohonan pinjaman terus berkembang dengan kukuh sebanyak 23.1%, manakala kelulusan pinjaman sebanyak 20.1%. Sehingga akhir Julai 2011, sistem perbankan semakin kukuh dengan nisbah modal wajaran risiko berada pada paras 14.3% dan nisbah modal teras pada 12.5%. Pelan Induk Pasaran Modal 2 telah dilancarkan pada 12 April 2011, berdasarkan tema “Growth with Governance”. Rangka tindakan strategic ini akan mentransformasikan pasaran modal dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ianya bertujuan menangani cabaran struktur utama dan hubung kait kritikal untuk menggalakkan persekitaran pengantaraan yang lebih pelbagai dan inovatif serta menjana peluang pertumbuhan baharu.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai infrastruktur syariah, pengawalseliaan dan undang-undang mantap yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam yang komprehensif dalam perbankan, takaful dan pasaran modal termasuk produk yang inovatif. Malaysia sekali lagi menjadi peneraju kewangan Islam dengan menawarkan sukuk jangka panjang di bawah struktur wakala. Terbitan ini merupakan sukuk pertama di bawah struktur wakala. Walaupun pasaran tidak menentu berikutan daripada krisis hutang berdaulat Eropah serta kelemahan pasaran utama, sukuk tersebut telah menerima lebihan langganan 4.5 kali ganda. Berikutan penerbitan ini, saiz pasaran modal Islam kini melebihi RM1 trilion. Malaysia kekal sebagai peneraju terbitan sukuk yang mencakupi 62.7% daripada jumlah sukuk terkumpul global, manakala sebanyak 89% daripada saham tersenarai merupakan sekuriti patuh syariah. Jumlah nilai sukuk yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM88.3 bilion (USD29.6 bilion) pada akhir Julai 2011, menjadikan Bursa ini sebagai penyenarai sukuk utama dunia.

2012
Dasar monetari dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012 lebih tertumpu kepada usaha menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, memastikan kestabilan harga serta mengelak daripada berlakunya pasaran kewangan yang semakin tidak seimbang. Dengan mengambil kira perkembangan luar dan dalam negeri yang tidak menentu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.00% dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) pada 4.00%. Sistem kewangan domestik kekal berdaya tahan meskipun terdapat ketidaktentuan dan turun naik dalam pasaran kewangan antarabangsa serta pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin lemah. Keadaan yang menggalakkan ini adalah hasil daripada keutuhan amalan tadbir urus dan pengurusan risiko yang membawa kepada prestasi kewangan dan kualiti aset yang teguh serta kedudukan mudah tunai yang mantap. Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012, pembiayaan melalui sistem perbankan kekal kukuh dengan permohonan pinjaman meningkat 10% dan pengeluaran pinjaman sebanyak 20.9%. Pada akhir Julai 2012, nisbah modal wajaran risiko (RWCR) berada pada paras 14.4%, manakala nisbah modal teras (CCR) pada 12.7%. Keduadua nisbah ini adalah jauh melebihi peraturan minimum semasa.
Malaysia kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia yang mencakupi 71% daripada terbitan sukuk global dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012. Pencapaian ini adalah termasuk sukuk tunggal terbesar di dunia bernilai RM30.6 bilion yang diterbitkan oleh PLUS Berhad pada bulan Januari. Jumlah aset perbankan Islam berkembang 20.6% kepada RM469.5 bilion pada akhir Julai 2012. Satu inisiatif perintis melalui usaha sama sebuah syarikat pengurusan dana Islam Malaysia dengan sebuah entity asing telah diwujudkan dengan pelancaran tiga dana ekuiti yang mematuhi Undertakings for Collective Investment in Transferable Securities (UCITS) dan Syariah. Pelancaran dana tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha untuk memperdalam, memperluas dan mengantarabangsakan lagi pasaran modal Islam. Dana yang mematuhi UCITS ini boleh diagihkan dalam kalangan negara ahli Kesatuan Eropah tanpa sebarang kebenaran tambahan.

2013
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2013, dasar monetari memberi tumpuan untuk menyokong pertumbuhan dalam persekitaran ekonomi global yang terus lemah dan tidak menentu. Dengan kadar inflasi yang terus rendah, Kadar Dasar Semalaman dikekalkan pada 3.00% dan Keperluan Rizab Berkanun pada 4.00%. Walaupun ekonomi domestik terjejas disebabkan oleh persekitaran luar yang berterusan lemah, pembiayaan melalui institusi kewangan dan pasaran modal terus berkembang tetapi pada kadar sederhana untuk menyokong pengembangan aktiviti ekonomi bagi tempoh tujuh bulan pertama 2013. Seterusnya, pasaran kewangan global mengalami peningkatan volatiliti pada suku kedua 2013 disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pelarasan dasar monetari di negara maju. Walau bagaimanapun, ketika volatiliti dalam pasaran kewangan global dan domestik meningkat, sistem kewangan domestik kekal berdaya tahan dengan institusi kewangan yang teguh serta mempunyai permodalan kukuh, dan pengantaraan kewangan terus berfungsi secara berkesan untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik. Pada akhir Ogos 2013, sistem perbankan mencatatkan tahap nisbah modal ekuiti biasa kumpulan 1 pada 12%, nisbah modal kumpulan 1 pada 12.8% dan nisbah jumlah modal pada 14.1%. Tahap ini adalah jauh melebihi tahap minimum kawal selia di bawah rangka kerja kecukupan modal Basel III yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2013.
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2013, pasaran sukuk global berkembang 32.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2012. Malaysia telah menarik minat penerbit asing bagi meneroka pasaran sukuk domestik berikutan tahap kecairan dalam pasaran sukuk yang tinggi. Sehubungan dengan itu, Malaysia terus menjadi peneraju terbitan sukuk global yang mencakupi 70.5% atau USD53 bilion daripada sukuk yang diterbitkan di seluruh dunia. Pada akhir Ogos 2013, Bursa Malaysia berada pada kedudukan teratas bagi penyenaraian sukuk yang berjumlah USD32.3 bilion.
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) telah berkuat kuasa pada 30 Jun 2013 bagi mengukuhkan lagi rangka kerja pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan. FSA dan IFSA menggabungkan beberapa undang-undang yang berasingan bagi mengawal sektor kewangan di bawah rangka perundangan tunggal untuk sektor kewangan konvensional dan Islam. Sehubungan dengan itu, Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 (BAFIA ), Akta Bank Islam 1983, Akta Insurans 1996, Akta Takaful 1984, Akta Sistem Pembayaran 2003 dan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 telah dimansuhkan pada tarikh yang sama.
Satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan industri kewangan Islam ialah penjenamaan identiti baharu iaitu “Malaysia: Pasaran Kewangan Islam Dunia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada Ogos 2013 kepada masyarakat antarabangsa dengan jemputan terbuka kepada komuniti kewangan global untuk berkolaborasi dan mendapat faedah bersama daripada pasaran kewangan Islam Malaysia yang lengkap dengan rangka kerja regulatori, penyeliaan, Shariah dan undang-undang yang komprehensif. Di samping itu, pasaran ini bercirikan pasaran utama yang mendalam dan pasaran sukuk sekunder yang aktif, mekanisma penentuan harga yang cekap, tenaga mahir bertaraf dunia yang pelbagai dan sistem penjelasan dan penyelesaian pelbagai mata wang yang cekap.

2014
Dasar monetari memberi tumpuan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia   berikutan peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan global. Kadar inflasi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014 ekoran daripada penurunan harga minyak. Kadar Dasar Semalaman (OPR), sejak bulan Julai 2014 kekal pada 3.25% masih akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2015, mata wang serantau termasuk ringgit menyusut selaras dengan pengukuhan dolar AS di samping penambahbaikanaktiviti ekonomi dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pengaliran keluar portfolio yang ketara daripada pasaran kewangan pesat berkembang dan serantau. Faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan ringgit termasuk penurunan harga komoditi global, kejatuhan nilai yuan, lebihan dagangan yang mengecil dan factor domestik.
Walaupun terdapat peningkatan ketidakstabilan pasaran kewangan global, sistem kewangan tempatan kekal berdaya tahan dan terus membekalkan mudah tunai yang mencukupi untuk menyokong aktiviti sektor ekonomi benar. Sistem perbankan kekal mempunyai pemodalan   kukuh dengan nisbah modal utama yang ditetapkan melebihi keperluan tahap minimum pengawalseliaan. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015, Malaysia menguasai 54.9% daripada pasaran sukuk global. Penerbitan keempat sukuk berdaulat global dalam denominasi USD berjumlah USD1.5 bilion pada bulan April 2015, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global. Kepakaran Malaysia yang diiktiraf dalam pasaran sukuk menawarkan peluang kepada peserta pasaran kewangan tempatan dan firma perkhidmatan profesional untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti mereka di peringkat global, terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan Islam. Dengan memanfaatkan peranannya sebagai penerbit utama sukuk, Malaysia mengukuhkan kedudukannya untuk lebih menguasai kewangan Islam. Dasar monetari memberi tumpuan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia berikutan peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan global. Kadar inflasi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014 ekoran daripada penurunan harga minyak. Kadar Dasar Semalaman (OPR), sejak bulan Julai 2014 kekal pada 3.25% masih akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2015, mata wang serantau termasuk ringgit menyusut selaras dengan pengukuhan dolar AS di samping penambahbaikan aktiviti ekonomi dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pengaliran keluar portfolio yang ketara daripada pasaran kewangan pesat berkembang dan serantau. Faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan ringgit termasuk penurunan harga komoditi global, kejatuhan nilai yuan, lebihan dagangan yang mengecil dan factor domestik.
Walaupun terdapat peningkatan ketidakstabilan pasaran kewangan global, sistem kewangan tempatan kekal berdaya tahan dan terus membekalkan mudah tunai yangmencukupi untuk menyokong aktiviti sektor ekonomi benar. Sistem perbankan kekal mempunyai pemodalan kukuh dengan nisbah modal utama yang ditetapkan melebihi keperluan tahap minimum pengawalseliaan.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015, Malaysia menguasai 54.9% daripada pasaran sukuk global. Penerbitan keempat sukuk berdaulat global dalam denominasi USD berjumlah USD1.5 bilion pada bulan April 2015, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global. Kepakaran Malaysia yang diiktiraf dalam pasaran sukuk menawarkan peluang kepada  peserta pasaran kewangan tempatan dan firma perkhidmatan profesional untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti mereka di peringkat global, terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan Islam. Dengan memanfaatkan peranannya sebagai penerbit utama sukuk, Malaysia mengukuhkan kedudukannya untuk lebih menguasai kewangan Islam.

2015
Dasar monetari memberi tumpuan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia berikutan peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan global. Kadar inflasi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014 ekoran daripada penurunan harga minyak. Kadar Dasar Semalaman (OPR), sejak bulan Julai 2014 kekal pada 3.25% masih akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2015, mata wang serantau termasuk ringgit menyusut selaras dengan pengukuhan dolar AS di samping penambahbaikan aktiviti ekonomi dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pengaliran keluar portfolio yang ketara daripada pasaran kewangan pesat berkembang dan serantau. Faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan ringgit termasuk penurunan harga komoditi global, kejatuhan nilai yuan, lebihan dagangan yang mengecil dan factor domestik.
Walaupun terdapat peningkatan ketidakstabilan pasaran kewangan global, sistem kewangan tempatan kekal berdaya tahan dan terus membekalkan mudah tunai yang mencukupi untuk menyokong aktiviti sektor ekonomi benar. Sistem perbankan kekal mempunyai pemodalan   kukuh dengan nisbah modal utama yang ditetapkan melebihi keperluan tahap minimum pengawalseliaan.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015, Malaysia menguasai 54.9% daripada pasaran sukuk global. Penerbitan keempat sukuk berdaulat global dalam denominasi USD berjumlah USD1.5 bilion pada bulan April 2015, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global. Kepakaran Malaysia yang diiktiraf dalam pasaran sukuk menawarkan peluang kepada peserta pasaran kewangan tempatan dan firma perkhidmatan profesional untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti mereka di peringkat global, terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan Islam. Dengan memanfaatkan peranannya sebagai penerbit utama sukuk, Malaysia mengukuhkan kedudukannya untuk lebih menguasai kewangan Islam.

2016
Pendirian dasar monetari kekal konsisten ke arah mencapai kestabilan harga dan pertumbuhan mapan. Aktiviti pengantaraan kewangan terus disokong dengan baik oleh institusi kewangan yang kukuh dan mudah tunai mencukupi. Berkuatkuasa 1 Februari 2016, BNM telah mengurangkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 4.00% kepada 3.50% untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik.
Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga telah dikurangkan daripada 3.25% kepada 3.00% pada 13 Julai 2016 untuk memastikan ekonomi terus berkembang mapan. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2016, inflasi meningkat 2.3% berbanding tempoh sama tahun lepas, didahului oleh kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta minuman alkohol dan tembakau. Dalam tempoh sama, ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau, serentak dengan langkah pelonggaran monetari dalam ekonomi utama dan peningkatan harga minyak mentah global.
Pada 2015, pasaran modal Malaysia adalah keempat terbesar di Asia dari segi peratusan kepada KDNK. Pada akhir Julai 2016, pasaran modal Malaysia telah mencecah RM2.8 trilion, terdiri daripada 60.7% pasaran modal Islam. Pada 20 April 2016, Kerajaan berjaya menerbitkan sukuk berdaulat global kelima dalam dolar AS berjumlah USD1.5 bilion. Aset pendasar sukuk tersebut terdiri daripada 100% aset bukan fizikal, menandakan satu lagi kejayaan besar pembangunan produk inovatif dalam pasaran kewangan Islam. Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju sukuk global, menyumbang 53.4% atau USD180 bilion daripada sukuk terkumpul global, pada akhir Jun 2016.

2017
Walaupun wujud ketidaktentuan persekitaran luaran, dasar monetari kekal akomodatif di samping mengekalkan kestabilan harga. Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal tidak berubah pada tujuh bulan pertama 2017 walaupun beberapa ekonomi utama mengubah dasar monetari bagi menangani ketidaktentuan ini. Pada masa yang sama, ringgit mengukuh disokong oleh perkembangan positif ekonomi domestik dan pelbagai langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) terutamanya dalam meningkatkan kecairan pasaran bon dan membenarkan fleksibiliti lindung nilai yang lebih besar dalam pasaran domestik.
Sementara itu, sistem perbankan kekal berdaya tahan disokong oleh institusi yang kukuh dan keyakinan berterusan terhadap sistem kewangan. Keuntungan sistem perbankan kekal memberangsangkan berikutan penggunaan teknologi baharu yang cekap dan pengoptimuman tenaga kerja. Sementara itu, pelancaran sukuk hijau pertama di dunia menandakan satu lagi pencapaian yang signifikan dalam inovasi produk yang memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam yang terkemuka serta kredibiliti negara sebagai pusat kewangan bagi pembiayaan yang mapan.
Di samping itu, pertumbuhan kewangan digital mula berkembang pesat dan mengubah lanskap pasaran kewangan global dengan pengenalan model dan penyelesaian perniagaan baharu yang membolehkan kecekapan lebih tinggi dan pengurusan risiko yang lebih baik. Bagi memoden dan meningkatkan kecekapan sektor kewangan, Kerajaan telah menyediakan persekitaran kawal selia yang menyokong untuk mempromosi teknologi kewangan (Fintech). Di samping itu, bagi menggalakkan keterangkuman kewangan, Kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif dan program kesedaran.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023

Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...