Khamis, 4 Julai 2019

TEMA KERJA KURSUS EKONOMI 2013-2019

Tema kerja kursus ekonomi STPM boleh dikategori kepada dua jenis.

  1. melibatkan data primer
  2. data sekunder
biasanya guru lebih cenderung kepada tema data sekunder. Ini kerana data untuk tema tersebut boleh dicapai dari hujung jari tanpa perlu melibatkan kerja2 lapangan. Berikut tema dari tahun 2013-2019
TAHUN
TEMA
2019
Hutang kerajaan persekutuan di Malaysia (data kajian sekurang-kurangnya lima tahun)
Program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kawasan anda
2018
Perdagangan luar Malaysia dari tahun 2004-2015

Kos sara hidup di kawasan anda
2017
Upah di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015

Insiden kemiskinan di kawasan setempat
2016
Institusi kewangan bukan bank di Malaysia

Perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2014
2015
Sumber pemberi kredit di tempat anda

Inflasi di Malaysia dari tahun 2006-2012
2014
Imbangan akaun semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012

Perusahaan Kecil dan Sederhana di kawasan anda
2013
Tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012

Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia 2000-2012

Calon STPM didapati kurang mahir dan terkial2 atau CLUELESS nak mendapatkan data berkaitan dengan data sekunder. Biasanya data ekonomi boleh dicapai di laman berikut:


  • Jabatan Statistik Malaysia (https://www.dosm.gov.my/v1/)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (https://www.treasury.gov.my/)
  • kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (https://www.miti.gov.my/)
  • KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/)
  • Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/)
  • Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my/)
  • World Trade Organization (WTO)
  • MATRADE
  • MIDA   
  • Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • dan banyak lagi agensi dan Kementerian.

apabila merujuk kepada tema yang memerlukan data sekunder, ini antara laman web kementerian dan agensi yang boleh dilawati untuk mendapatkan data dan maklumat.


Tema
Agensi terlibat
Hutang kerajaan persekutuan di Malaysia (data kajian sekurang-kurangnya lima tahun)
  1.  Kementerian Kewangan
  2. Jabatan Akautan Negara Malaysia
  3. Bank Negara Malaysia
  4. Jabatan Statistik Negara

Perdagangan luar Malaysia dari tahun 2004-2015
  1.  Kementerian Perdagangan antarabangsa dan industri
  2. Bank Negara Malaysia
  3. Matrade
  4. Jabatan Statistik Negara

Upah di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015
  1.  Kementerian Sumber Manusia
  2. Jabatan Statistik Negara
  3. MAMPU

Institusi kewangan bukan bank di Malaysia
  1. Bank Negara Malaysia
  2. MIDA 
  3. Jabatan Statistik Negara

Perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2014
  1.  Jabatan Statistik Negara 
  2. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 

Inflasi di Malaysia dari tahun 2006-2012
  1.  Jabatan Statistik
  2. Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Imbangan akaun semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012
  1. Kementerian Kewangan 
  2. Bank Negara Malaysia
  3. Jabatan Statistik Negara
  4. MAMPU 
  5. Jabatan Akautan Negara Malaysia

Tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012
  1. Kementerian Sumber Manusia
  2. Jabatan Statistik Negara
  3. MAMPU

Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia 2000-2012
  1. Kementerian Kewangan 
  2. Bank Negara Malaysia
  3. Jabatan Statistik Negara
  4. MAMPU 
  5. Jabatan Akautan Negara Malaysia





PERSOALANNYA SEKARANG,
bagaimana calon nak dapatkan maklumat yang melebihi daripada 10 tahun.
A
R
K
I
B
jawapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023

Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...