|
Liabiliti
Luar Jangka
Liabiliti
Luar Jangka meliputi Jaminan Kerajaan yang terdiri daripada Jaminan Deposit dan
Jaminan Berkanun. Liabiliti Luar Jangka akan menjadi liabiliti sebenar
kerajaan sekiranya entiti
berkenaan
gagal memenuhi obligasi perjanjian atau berlaku sesuatu peristiwa tertentu.
|
|
INI ADALAH Artikel dari Laporan Tahunan Kementerian Kewangan 2017
|
|
Jaminan
Kerajaan: Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi
Pengenalan
Seiring dengan perubahan struktur ekonomi negara, Kerajaan terus
memanfaatkan sumber menerusi instrumen fiskal terutamanya melalui percukaian
dan perbelanjaan awam. Selain itu, instrumen fiskal lain yang penting ialah
Jaminan Kerajaan (GG). Secara umumnya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
mentakrifkan jaminan ke atas pinjaman sebagai satu ikatan perjanjian sah di
mana penjamin bersetuju untuk membayar sebahagian atau keseluruhan jumlah
pinjaman yang perlu dibayar sekiranya peminjam gagal untuk membayar balik
pinjaman.1
Dalam konteks GG, Kerajaan bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran
sekiranya peminjam
gagal memenuhi tuntutan pinjaman. IMF tidak mengambil kira GG sebagai
hutang langsung Kerajaan tetapi mengklasifikasikannya sebagai liabiliti luar
jangka eksplisit dan dilaporkan sebagai nota kepada penyata kewangan
Kerajaan. Sebagai instrumen fiskal, GG
mempunyai kelebihan berbanding perbelanjaan langsung terutamanya bagi
pelaburan yang dapat menjana aliran tunai mapan dalam jangka panjang. Selain
itu, pemberian GG adalah wajar apabila Kerajaan melalui entitinya, lebih
sesuai melaksanakan pelaburan kerana persekitaran yang tidak menentu atau
pihak swasta tidak berupaya untuk menanggung risiko pelaburan tersebut.
Tadbir Urus
GG di Malaysia adalah tertakluk di bawah Seksyen 14 Akta Tatacara
Kewangan 1957 [Akta 61].
Akta ini memberi mandat kepada Perbendaharaan Malaysia sebagai pihak
berkuasa tunggal yang boleh memberi jaminan bagi pihak Kerajaan. Seksyen
tersebut juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk
memberi sebarang jaminan kecuali dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan.
Secara khususnya, GG dikawal selia di bawah Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan)
1965 [Akta 96] yang membenarkan Kerajaan untuk memberi jaminan ke atas
pinjaman, bon, pembiayaan patuh Syariah atau sukuk yang dibuat oleh badan
korporat atau entiti tertentu, iaitu
badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan serta
syarikat kerajaan negeri atau anak syarikat. Pinjaman atau pembiayaan yang
bersandarkan kepada GG mesti dibuat di atas nama entiti
tersebut, sama ada dalam mata wang tempatan atau asing. Entiti tersebut
bertanggungjawab
untuk membuat bayaran balik, manakala Kerajaan kekal sebagai penanggung
obligasi kedua
perjanjian tersebut. Selagi GG berkuat kuasa, entiti tersebut tidak
dibenarkan untuk membuat
sebarang pinjaman atau pembiayaan lain tanpa kebenaran Kerajaan. Selain
itu, di bawah Seksyen
8 Akta ini, entiti peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik
jumlah bayaran (termasuk
faedah atau kadar keuntungan) bagi liabiliti yang ditanggung oleh
Kerajaan di bawah GG.
Manfaat
Matlamat utama GG adalah untuk memudahkan pengagihan risiko dalam
pembiayaan pembangunan
infrastruktur bagi memenuhi keperluan rakyat dan memacu ekonomi ke arah
negara maju dan
berpendapatan tinggi. Kemudahan GG telah membuka peluang kepada
penglibatan sektor swasta
dalam agenda pembangunan negara dan seterusnya memacu pertumbuhan
ekonomi. Peruntukan
Kerajaan menerusi perbelanjaan mengurus dan pembangunan memerlukan
peruntukan yang
besar tetapi dikekang oleh pertumbuhan hasil dan konsolidasi fiskal. Di
samping itu, berikutan
peningkatan pelbagai keperluan perbelanjaan dan sumber yang terhad, GG
memberi ruang
fiskal kepada Kerajaan untuk melaksanakan program dan projek
infrastruktur yang memberi
manfaat besar kepada rakyat. Keutamaan diberikan kepada projek yang
menghasilkan pulangan
jangka panjang dan kesan pengganda yang tinggi.
Sehubungan itu, fasiliti GG memudahkan entiti untuk melaksanakan projek
pembangunan
terutamanya projek infrastruktur dan sosial serta projek berkepentingan
nasional dan
strategik. Memandangkan sesetengah projek bersifat sosial, terdapat
entiti yang tidak berupaya
menanggung risiko bagi melaksanakan projek seperti infrastruktur
pengangkutan awam,
utiliti dan pendidikan. Oleh itu, risiko projek ini adalah lebih wajar
dikongsi bersama dengan
Kerajaan. GG yang diperoleh dapat memberi keyakinan dan kepastian
kepada entiti untuk
menguruskan pendedahan risiko.
GG juga dapat membantu sesebuah entiti mendapatkan pinjaman dengan
terma yang lebih
baik dan melindungi entiti tersebut daripada risiko pembiayaan dan
kecairan. Keadaan ini
berlaku terutamanya kepada projek pembangunan berskala besar yang
memerlukan kepakaran
teknikal yang tinggi bagi memastikan projek tersebut berdaya maju.
Memandangkan negara
mempunyai penarafan kredit berdaulat yang baik, kemudahan GG
membolehkan entiti tersebut
memperoleh pembiayaan atau bon dengan kadar kupon yang rendah, jadual
pembayaran balik
yang fleksibel dan dalam keadaan tertentu, dikecualikan daripada syarat
cagaran aset. GG juga
membolehkan projek dilaksanakan lebih awal dan kos diagihkan dalam
tempoh yang lebih
panjang, seterusnya mengurangkan kos keseluruhan projek.
Pengurusan
Risiko
GG sentiasa dikaitkan sebagai antara sumber risiko fiskal. Risiko
kredit entiti harus dinilai dengan
menyeluruh dan dipantau dengan teliti bagi memastikan obligasi
pembiayaan tidak menjejaskan
kedudukan kewangan Kerajaan. Langkah ini diambil kerana tanggungjawab
Kerajaan menjelaskan
bayaran akan wujud sekiranya peminjam gagal untuk membayar balik
pinjaman. Walaupun
GG bukan satu bentuk liabiliti langsung kepada Kerajaan, namun ia
diklasifikasikan sebagai
liabiliti luar jangka dan dilaporkan setiap tahun dalam Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan sentiasa mengkaji dan menambah baik proses dan syarat
pemberian GG bagi mengurangkan
risiko kepada kewangan Kerajaan. Antara langkah yang diambil termasuk
mengenakan fi jaminan
ke atas sesetengah terbitan berdasarkan tahap risiko sesuatu projek.
Kedudukan kewangan
dan bayaran balik pinjaman entiti sentiasa dipantau rapi bagi
memastikan aliran tunai adalah
stabil dan mencukupi untuk membayar balik pinjaman. Kerajaan juga
memantau penggunaan
dana pinjaman bagi memastikan dana berkenaan dibelanjakan mengikut
tujuan pembiayaan.
Di samping itu, syarat pematuhan dan sekatan dimasukkan ke dalam
perjanjian pembiayaan
tertentu bagi melindungi kepentingan pelabur dan mengurangkan risiko
kepada Kerajaan.
Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal
Risiko Fiskal dan
Liabiliti Luar Jangka2 pada Mei 2016. Peranan utama Jawatankuasa
Teknikal ini adalah untuk
mengenal pasti sumber risiko fiskal, termasuk GG dan mengesyorkan
langkah yang sesuai
bagi menangani risiko tersebut. Jawatankuasa ini juga ditugaskan untuk
membuat penilaian
semula ke atas semua liabiliti Kerajaan dan mengkaji kebarangkalian
risiko pelaksanaan projek
pembangunan berskala besar menggunakan kemudahan
GG.
Status Semasa
Portfolio GG sedia ada merangkumi pelaburan yang dibuat dalam pelbagai
segmen. Sebahagian
besar GG adalah untuk membiayai projek infrastruktur awam, antaranya
transit aliran massa
(MRT) dan transit aliran ringan (LRT), lebuh raya, lapangan terbang
serta pelabuhan kontena
dan jambatan bertol. GG juga diberikan kepada syarikat pegangan
pelaburan yang menceburi
pelaburan strategik serta kepada entiti yang memberi pinjaman
pendidikan tertiari dan
perumahan kakitangan awam. Selain itu, GG disediakan kepada entiti
dalam sektor utiliti
terutamanya untuk menaik taraf bekalan air dan elektrik. Bagi sektor
kewangan, institusi
kewangan pembangunan (DFI) boleh mendapatkan pinjaman pasaran untuk
menyediakan
kemudahan pembiayaan kepada PKS serta projek
pembangunan yang strategik.
Pada akhir 2016, jumlah hutang GG adalah
RM187.3 bilion atau 15.2% daripada KDNK.
Kadar pertumbuhan purata tahunan hutang GG
adalah lebih rendah iaitu 4.3% dalam tempoh
dua tahun yang lalu berbanding 14% bagi
tempoh 2012 – 2014. Keadaan ini berikutan
proses saringan yang lebih selektif dan ketat
serta penilaian risiko yang lebih teliti. Kirakira
97% daripada hutang GG adalah dalam
mata wang ringgit manakala bakinya terdiri
daripada yen dan dolar AS. Oleh itu, volatiliti
kadar tukaran mata wang memberi kesan yang
minimum kepada portfolio GG. Di samping itu,
profil purata kematangan GG adalah 8.6 tahun
pada akhir 2016 yang menunjukkan kebanyakan
jaminan mempunyai tempoh matang pinjaman
yang panjang. Lebih 80% daripada hutang
yang dijamin oleh Kerajaan dijangka matang
selepas 2020, justeru mengurangkan risiko
pembiayaan semula. Senarai GG terkumpul
diterbitkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan
Persekutuan dan dibentangkan di Parlimen
setiap tahun. Selain itu, data jumlah GG suku
tahunan diterbitkan di National Summary Data
Page, Bank Negara Malaysia, selaras dengan
Dissemination Standards
Bulletin Board oleh IMF.
Sorotan
Pelaburan GG
Pembiayaan projek infrastruktur melalui GG telah membawa kesan positif
kepada pembangunan
negara. Perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang sepanjang 51
kilometer yang telah
beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2017 merupakan antara kejayaan
Kerajaan dalam
memenuhi keperluan rakyat. Kepakaran sektor swasta dimanfaatkan dengan
MRT Corp sebagai
rakan penyampaian projek dan DanaInfra sebagai penerbit sukuk.
Sehubungan itu, Kerajaan
dapat mengehadkan risiko pelaksanaan dan pertambahan kos projek. Malah,
Kerajaan berjaya
mengurangkan kos pembinaan laluan tersebut kepada RM21 bilion dengan
penjimatan sebanyak
RM2 bilion daripada anggaran kos asal.
Di samping itu, kemudahan GG telah mempercepat langkah pengukuhan DFI
dan meningkatkan
keupayaan bank-bank terbabit. Sebagai contoh, Bank Pembangunan Malaysia
Berhad telah
berjaya mengurangkan kebergantungan kepada GG setelah melancarkan program
pembiayaan
bertaraf AAA. Kejayaan tersebut menunjukkan keyakinan pasaran dan
pelabur terhadap
keupayaan bank tersebut untuk menguruskan pinjaman infrastruktur.
Kemudahan GG juga telah
mengurangkan beban kewangan Kerajaan dalam menyediakan suntikan modal
secara langsung
kepada DFI dan membolehkan peruntukan disalurkan bagi membiayai projek
berorientasikan
sosial seperti sekolah dan hospital.
Secara umumnya, kemudahan GG membolehkan projek dan program
dilaksanakan dengan
jayanya. Bertentangan dengan tanggapan bahawa GG telah menjejaskan
pelaburan sektor
swasta, GG sebenarnya telah meningkatkan pelaburan dan penyertaan
sektor swasta dalam
ekonomi. Berikutan ini, sektor swasta telah tampil sebagai pemacu
pertumbuhan dan pemangkin
pembangunan ekonomi.
Melangkah ke
Hadapan
Walaupun pengurusan profil risiko GG telah ditambah baik, namun
terdapat keperluan untuk
terus memperkukuh pengurusan risiko GG bagi memastikan pendedahan
risiko kepada
kedudukan fiskal Kerajaan adalah minimum. Kerajaan sentiasa memberi penekanan
terhadap
kepentingan memantau GG dengan lebih teliti memandangkan ia merupakan
sumber utama
liabiliti luar jangka. Melangkah ke hadapan, rangka kerja penilaian
risiko akan ditambah baik
dengan proses taksiran yang lebih ketat dan teratur berdasarkan amalan
terbaik. Langkah ini
bagi memastikan risiko kredit dan kebarangkalian kegagalan entiti
membayar balik pinjaman
adalah rendah. Pemantauan terbitan pembiayaan GG juga adalah penting
bagi mengurangkan
risiko kecairan serta melancarkan terbitan pembiayaan kerana ia boleh
mempengaruhi kadar
kupon pembiayaan. Sementara itu, fi GG akan dikenakan berdasarkan
profil dan pendedahan
risiko kepada Kerajaan bagi mengatasi isu bahaya moral. Skop dan tempoh
GG akan dihadkan
tertakluk kepada segmen pelaburan dan jangka hayat aset yang
dicadangkan.
Elemen penting lain yang wajar diambil kira dalam rangka kerja fiskal
adalah penilaian dan
penetapan tahap pendedahan risiko berdasarkan metodologi yang kukuh.
Kerajaan juga sedang
meneliti langkah untuk memperkenalkan had siling untuk terbitan GG
seperti yang diguna
pakai dalam pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan. Langkah ini akan
meningkatkan lagi
keberkesanan pengurusan liabiliti dalam rangka kerja fiskal Kerajaan.
Kesimpulan
GG memainkan peranan penting dalam memudahkan dan merancakkan
pembangunan ekonomi
di Malaysia bagi memastikan pertumbuhan yang pesat dan inklusif.
Sebagai sebahagian
daripada komponen pengurusan risiko fiskal, Kerajaan akan terus
melaksanakan pemantauan
dan pengurusan secara aktif bagi memastikan kemudahan GG berdaya maju
dan mapan dalam
jangka panjang. Pelaksanaan amalan terbaik dalam menguruskan GG
membolehkan Kerajaan
meningkatkan keberkesanan bagi mencapai konsolidasi fiskal dan
menyokong agenda
transformasi negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Blog ini membicarakan tetang proses mendapatkan data sekunder, memproses dan proses seterusnya untuk menyiapkan KERJA KURSUS EKONOMI
Rabu, 19 Jun 2019
JAMINAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (GG)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023
Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...
-
RENCANA 2009 BAGAIMANA KEMELESETAN GLOBAL BARU-BARU INI MEMBERIKAN KESAN KEPADA EKONOMI MALAYSIA? (MS:13) ...
-
Tema kerja kursus ekonomi STPM boleh dikategori kepada dua jenis. melibatkan data primer data sekunder biasanya guru lebih cenderung k...
-
sebahagian daripada maklumat berkaitan perkembangan pasaran buruh Malaysia dari tahun 2001 sehingga 2012 yagng boleh dicapai dilaman web aca...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan