Selasa, 2 November 2021

KERJA KURSUS EKONOMI 2021

 Masih lagi dibelenggu dengan Covid 19. Pelajar masih perlu mengikut SOP yang ketat bagi meneruskan pengajian di semester 2 dan 3 sesi 2020-2021. Tahun 2021 menjadi tahun kedua tema kerja kursus ekonomi (KKE) mengunakan data sekunder sebagai input untuk pelajar menyiapkan KKE. kebiasaan Tema KKE akan dikeluarkan MPM sekitar Mac setiap tahun. Namun berbeza tahun 2021 akhir Oktober Tema KKE dikeluarkan pihak MPM. Ini menyebabkan berlaku anjakan jadual pelaksanaan KKE sem 3 sesi 2020/2021. 

Eksport sekali lagi mejadi pilihan selepas tahun 2018. Namun berbeza pada tahun 2018 tahun kajian berbeza. Pada tahun ini beberapa laman web Kementerian mengalami perubahan terutamanya Kementerian Kewangan (MOF) dulunya dikenali sebagai www.treasury.gov.my kini www.mof.gov.my. Laman terbaru ini telah menyebabkan access kepada Laporan Tahunan di Arkibnya tidak boleh diakses. Maka kebarangkalian untuk calon mendapat akses Laporan Tahunan 2009 sehingga 2018 semakin sukar.

Tema Pertama berkaitan dengan Imbangan akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. apa yang pasti laman web Jabatan Statistik merupakan laman yan gtepat bagi mendapatkan data lengkap mengikut siri masa secara talian yang boleh didowload dalam bentuk file pdf atau excel. ini dapat membantu pelajar mempercepatkan proses dapatan data dan menganalisa data. 

Pelajar perlu bijak menentukan tema pilihan mereka dan menggunakan kecekapan mengakses maklumat di dalam talian.di laman seb kerajaan sesuai dengan tema di pilih..

apabila membicarakan berkaitan dengan eksport :

  • jumlah eksport sepanjang tempoh kajian
  • destinasi eksport
  • produk dieksport

pelajar boleh menggunakan pilihan destinasi eksport ssebagai fokus kajian atau produk sebagai kajian. 

 contoh tajuk berasaskan negara

China : Eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018

Mengfokus negara China sebagai kajian memang menarik. Calon boleh mengenalpasti Kedudukan China sebagai destinasi eksport sepanjang tahun kajian. Calon juga perlu mengenalpasti produk utama yang dieksport ke China. Melalui tempoh masa kajian tersebut calon boleh mengenalpasti wujud perubahan dari segi kedudukan dan perubahan produk dieksport. perubahan ini membuatkan calon perlu mengenalpasti alasan berlaku perubahan tersebut.

contoh tajuk berasaskan produk

Getah : Eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018

sebagaimana tajuk berasakan negara tajuk kajian berasakan produk juga memerlukan calon menganalisa perubahan yang berlaku di sepanjang tempoh kajian dan mengenalpasti alasan perubahan yang berlaku. 




2 ulasan:

  1. Assalam Cikgu,saya ada beberapa soalan kemukakan. Saya pilih tema 2, eksport
    1. Saya mendapatkan data maklumat mengenai eksport melalui portal rasmi KKM dan MITI. Ini dah cukup untuk mengkaji data statistik atau tidak?

    2. Betulkah saya tentukan contoh tajuk sebegini?

    Contoh 1:
    Objektif 1: Mengenal pasti arah aliran eksport negara Malaysia ke China dari tahun 2009 hingga tahun 2018.
    Objektif 2: Menganalisis kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke China dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

    Contoh 2:
    Objektif 1: Mengenal pasti arah aliran eksport produk kelapa sawit Malaysia ke luar negara dari tahun 2009 hingga tahun 2018.
    Objektif 2:Menganalisis kadar pertumbuhan eksport produk kelapa sawit dari tahun 2009 hingga tahun 2018

    Terima Kasih Cikgu

    BalasPadam
  2. Adalah lebih baik bertanya dengan guru Ekonomi Anda untuk mendapat penerangan yang jelas. ini kerana tema ini terlalu meluas jika dibandingkan ruang untuk anda untuk kajian. kalau tak silap kesuluran muka surat 30 helai je. Data memang mudah dapat cuma kisah disebalik data tu boleh diambil daripada laporan tahunan MOF dan MITI BNM. Calon perlu membaca dan mengenalpasti alasan ke atas perubahan data bagi mengukuhkan analisa ke atas data. Calon boleh melihat cara analisa dibuat di dalam Laporan Tahunan MITI dan BNM sebagai rujukan. Wujud perbezaan analisa data. Ia bagai trend analisa sepanjang tempoh kajian.

    BalasPadam

Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023

Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...