KERJA KURSUS EKONOMI STPM
Blog ini membicarakan tetang proses mendapatkan data sekunder, memproses dan proses seterusnya untuk menyiapkan KERJA KURSUS EKONOMI
Khamis, 14 September 2023
Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023
Khamis, 15 September 2022
TEMA BELANJAWAN 2011-2021- Pemilihan Data Dikaji
Rabu, 14 September 2022
TEMA BELANJAWAN 2011-2021
Sabtu, 10 September 2022
KERJA KURSUS EKONOMI 2022
Sabtu, 6 November 2021
EKSPORT MALAYSIA 2009-2019-DESTINASI & RPRODUK
Ini maklumar tentang jumlah destinasi dan produk eksport Malaysia yang boleh diakses di laman web World Intergrated Trade Solution https://wits.worldbank.org/CountryProfile/en/Country/MYS/Year/2009/Summary
| JUMLAH DESTINASI DAN PRODUK EKPORT MALAYSIA | ||
| TAHUN | DESTINASI | PRODUK |
| 2009 | 222 | 4167 |
| 2010 | 224 | 4128 |
| 2011 | 223 | 4133 |
| 2012 | 226 | 4168 |
| 2013 | 225 | 4144 |
| 2014 | 220 | 4097 |
| 2015 | 225 | 4119 |
| 2016 | 217 | 4114 |
| 2017 | 219 | 4096 |
| 2018 | 222 | 4120 |
| 2019 | 216 | 4077 |
Khamis, 4 November 2021
Kisah di sebalik data Eksport 2009-2018
Ini boleh didapati dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia sepanjang tempoh masa kajian iaitu 2009-2018 10 buku Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia. Calon Perlu mengenalpasti bab mana yang boleh duguna pakai untuk mengukuhkan analisa. Selain Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, Buku Tahunan MITI dan MOF juga boleh digunakan sebagai rujukan. yang pasti banyak kerja wei.
INI CONTOH DALAM LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN TAHUN 2009 BAB 2 PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
Rasa calon tak boleh akses laporan tahunan 2009-2019 di laman www.mof.gov.my
kena cari akses kat laman lain
|
Pada separuh pertama 2009, ekonomi global menguncup dengan amat ketara. Ini merupakan penguncupan terburuk sejak Perang Dunia Kedua kerana negara-negara yang mencakupi 60% daripada pengeluaran dunia terheret ke dalam kancah kemelesetan secara serentak. Kesan daripada krisis kewangan antarabangsa terhadap ekonomi benar dirasai sepenuhnya pada suku pertama 2009, apabila sebilangan besar ekonomi mengalami penguncupan KDNK benar yang sangat ketara.
Dalam ekonomi maju, krisis kewangan yang diikuti kemudiannya oleh luluh kredit (credit crunch) telah mengakibatkan kemerosotan yang nyata dalam permintaan sektor swasta. Penggunaan sektor isi rumah telah menurun akibat beberapa faktor termasuk prospek pekerjaan yang makin lemah, harga rumah yang semakin merosot dan kesukaran untuk mendapatkan kredit. Sektor perniagaan juga mengurangkan pengeluaran dengan ketara, sementara paras inventori juga menjadi sangat rendah dalam keadaan permintaan yang lemah dan keadaan kredit yang terhad. Rangkaian pengeluaran dan perdagangan antarabangsa terjejas teruk lantas mengakibatkan kejutan kepada ekonomi sedang pesat membangun. Ekonomi global mencatat penguncupan paling buruk dalam tempoh selepas Perang Dunia Kedua pada separuh pertama 2009, sebelum kembali pulih dan mencatat pertumbuhan yang beransur-ansur tetapi tidak sekata pada separuh tahun kedua.
Ekonomi Asia, khususnya yang mempunyai tahap keterbukaan perdagangan yang lebih tinggi, terjejas oleh kejatuhan yang teruk dalam perdagangan dunia berpunca daripada kemerosotan secara mendadak permintaan daripada ekonomi maju. Kesannya, eksport dan pengeluaran ekonomi Asia mencatat kejatuhan dua angka. Kemerosotan dalam sektor yang berkaitan dengan perdagangan seterusnya memberikan kesan kepada sektor ekonomi yang lain apabila keyakinan sektor isi rumah dan perniagaan terjejas dengan teruk.
Krisis kewangan global yang teruk yang disusuli oleh kemelesetan global yang ketara telah mengakibatkan tindak balas dasar yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa monetari di seluruh dunia. Rangsangan fiskal yang besar antara 1 – 12% daripada KDNK telah dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan, sementara bank-bank pusat pula melonggarkan dasar monetari secara agresif melalui potongan kadar faedah ke paras terendah yang pernah dicatatkan. Dalam ekonomi maju utama, langkah-langkah kuantitatif yang lebih liberal dan langkah sokongan kewangan diperkenalkan terutamanya bagi menyediakan mudah tunai kepada pasaran kewangan dan memulihkan kembali kestabilan dalam sistem kewangan. Tindak balas dasar yang luar biasa ini telah membantu menstabilkan pasaran kewangan selain memberi sokongan kepada ekonomi benar. Yang penting, perbelanjaan fiskal yang besar dan fungsi pasaran kewangan yang kembali normal telah berjaya mengekang kemerosotan aktiviti ekonomi daripada menjadi lebih buruk. Hasilnya, aktiviti ekonomi dalam kebanyakan ekonomi mula stabil menjelang pertengahan tahun dan negara-negara yang terjejas akhirnya berjaya keluar daripada kancah kemelesetan pada separuh kedua 2009.
Pemulihan ekonomi bagaimanapun masih lemah dan bersifat tidak sekata. Pemulihan yang lemah ini adalah kerana pertumbuhan kebanyakan negara pada separuh kedua 2009 masih banyak bergantung pada perbelanjaan fiskal. Dalam ekonomi maju, masalah pengangguran yang tinggi, langkah pengurangan hutang secara berterusan oleh sektor swasta serta system kewangan yang lemah terus memberi kesan buruk terhadap aktiviti sektor swasta. Namun, pemulihan ekonomi adalah lebih ketara dalam ekonomi sedang pesat membangun, khususnya di Asia, berikutan sokongan rangsangan fiscal yang besar terhadap permintaan dalam negeri selain diperkukuh oleh akses kepada pembiayaan yang berterusan kepada sektor swasta. Pemulihan perdagangan dalam rantau juga menyokong pertumbuhan.
Krisis dalam pasaran kewangan antarabangsa mencapai kemuncaknya pada suku pertama 2009 ekoran kegagalan sebuah bank pelaburan AS, Lehman Brothers, pada suku keempat 2008. Pendedahan kerugian oleh institusi kewangan utama global yang lain dan ketidaktentuan terhadap kesolvenan institusi utama ini di tengah-tengah kebimbangan mengenai kegagalan sistemik dalam beberapa pasaran kewangan telah mengakibatkan peralihan kepada asset yang lebih selamat, termasuk wang tunai.
Akibatnya, aktiviti dalam pasaran sekuriti hutang terhenti, mudah tunai pasaran merosot dan pasaran ekuiti global jatuh dengan ketara ke paras terendah dalam beberapa tahun pada bulan Mac 2009. Pelaksanaan langkah-langkah dasar yang luar biasa, seperti penurunan kadar faedah ke paras hampir sifar, langkah kuantitatif yang lebih liberal, serta langkah-langkah untuk melegakan keadaan mudah tunai dan keadaan kredit yang dilaksanakan oleh ekonomi maju utama telah memainkan peranan penting dalam mengurangkan tekanan dalam pasaran kewangan antarabangsa. Kesemua ini telah menurunkan kos pembiayaan secara beransur-ansur.
Menjelang suku kedua, spread kredit mula mengecil dan harga ekuiti beransur-ansur pulih apabila para pelabur lebih bersedia untuk mengambil risiko. Suntikan mudah tunai secara besar-besaran oleh bank-bank pusat ke dalam sistem kewangan telah membolehkan pasaran antara bank kembali berfungsi, yang diikuti kemudiannya oleh penstabilan dalam pasaran wang jangka pendek. Walau bagaimanapun, keadaan pasaran antara bank yang bertambah baik tidak meningkatkan pemberian pinjaman kepada sektor swasta dalam ekonomi-ekonomi maju, mencerminkan terutamanya kedudukan institusi kewangan yang masih lemah.
Di Amerika Syarikat (AS), KDNK benar menguncup dengan ketara pada kadar tahunan sebanyak 6.4% pada suku pertama 2009. Ini merupakan penguncupan paling buruk dalam tempoh 29 tahun. Penguncupan KDNK ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan dalam pelaburan tetap dan pengeluaran inventori yang besar berikutan tindakan sektor perniagaan mengurangkan pengeluaran secara agresif sejak penghujung tahun 2008 memandangkan permintaan keseluruhan jatuh dengan nyata. Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini, Kerajaan AS mengumumkan rangsangan fiskal sebanyak USD787 bilion pada bulan Februari 2009, yang terdiri daripada rebat cukai kepada sektor isi rumah dan perniagaan serta perbelanjaan infrastruktur.
Dari segi dasar monetari, kadar federal fund telah pun dikurangkan hamper kepada sifar sejak bulan Disember 2008. Berikutan itu, Federal Reserve (Fed), Perbendaharaan AS dan Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) melaksanakan langkah-langkah kuantitatif dalam bentuk permodalan semula bank, menyediakan jaminan bagi hutang bank, membeli aset yang dipegang oleh institusi kewangan yang bersifat tidak cair dan terjejas nilai khususnya sekuriti fungsi pasaran. Fed melaksanakan program untuk membeli sekuriti berasaskan gadai janji agensi bernilai USD1.25 trilion, hutang agensi sebanyak USD175 bilion dan sekuriti Perbendaharaan AS sebanyak USD300 bilion dengan matlamat untuk mengurangkan beban bayaran faedah peminjam perumahan yang menghadapi masalah kewangan. Langkah-langkah luar biasa tersebut telah menyebabkan kedudukan kewangan Fed meningkat sebanyak 150% untuk mencecah USD2.2 trilion, lantas mengesahkan pergantungan yang besar oleh sistem kewangan kepada sokongan bank pusat.
Langkah Fed untuk membantu pasaran perumahan dibantu juga oleh rangsangan fiskal dalam bentuk kredit percukaian bagi pembeli rumah, yang seterusnya merangsang permintaan terhadap rumah kediaman. Tindak balas dasar berupaya menstabilkan pasaran perumahan dan kewangan, serta keadaan ekonomi secara keseluruhan menjelang suku kedua 2009. Pembendungan risiko sistemik, pemulihan fungsi pasaran kewangan dan rangsangan fiskal yang besar telah menyumbang kepada peningkatan beransur-ansur dalam aktiviti pasaran ekuiti daripada paras terendahnya pada bulan Mac. Ini, bersama-sama dengan harga rumah yang semakin stabil sejak bulan Jun, telah membantu menjana pendapatan kekayaan yang positif sebanyak kira-kira USD5.7 trilion bagi sektor isi rumah AS daripada suku kedua hingga suku keempat.
Peningkatan dalam kekayaan telah menampung sebahagian daripada kehilangan kekayaan sebanyak USD17.5 trilion yang dialami sepanjang tempoh pertengahan tahun 2007 hingga suku pertama 2009. Penggunaan meningkat pada suku ketiga memandangkan sektor isi rumah juga mendapat manfaat daripada insentif percukaian bagi pembelian automobil. Setelah merosot pada kadar tahunan yang lebih perlahan pada 0.7% pada suku kedua, KDNK meningkat pada kadar tahunan 2.4% pada separuh kedua 2009. Pemulihan di AS pada separuh tahun kedua didorong oleh pertumbuhan dalam penggunaan swasta, pelaburan tetap perumahan dan perbelanjaan kerajaan. Namun, kadar pemulihan masih lagi perlahan dan banyak bergantung pada sokongan dasar. Walaupun pulih sedikit pada separuh tahun kedua, penggunaan swasta keseluruhan terus dibelenggu oleh kehilangan pekerjaan yang semakin meningkat. Ekonomi AS kehilangan sebanyak 8.4 juta pekerjaan antara akhir tahun 2007 hingga akhir tahun 2009, dan kadar pengangguran mencecah 10% pada bulan Disember 2009. Di samping itu, banyak isi rumah terus mengurangkan tanggungan hutang mereka apabila kejatuhan harga rumah mengurangkan sebahagian besar daripada kekayaan mereka. Bagi tahun 2009 secara keseluruhan, ekonomi AS merosot sebanyak 2.4%. Trend pertumbuhan ekonomi maju yang lain hampir menyamai laluan pertumbuhan AS pada tahun itu.
Di kawasan euro, pertumbuhan suku pertamanya menguncup dengan nyata sebanyak 2.5% pada asas sukuan, iaitu kemerosotan paling buruk sejak data tersebut mula dicatatkan. Kemerosotan ini disebabkan terutamanya oleh penguncupan yang besar dalam eksport dan pelaburan tetap. Kemerosotan dalam persekitaran luaran juga menjejaskan permintaan dalam negeri yang menjadi lebih lemah akibat pengangguran yang lebih tinggi, keadaan kredit yang ketat dan harga rumah yang semakin jatuh. Selepas mengurangkan kadar faedah sebanyak 150 mata asas kepada 2.5% pada tahun 2008, European Central Bank (ECB) terus menurunkan kadar pembiayaan semula sebanyak 150 mata asas lagi kepada 1% menjelang bulan Mei 2009. ECB juga memulakan pembelian bon lindungan sebanyak €60 bilion untuk menyuntik mudah tunai ke dalam sistem kewangan dan merangsang aktiviti pemberian pinjaman di kawasan euro. Meskipun rangsangan fiskal di kawasan euro secara relatif adalah lebih kecil berbanding dengan AS, bahagian sokongan fiskal yang lebih besar di kawasan euro datangnya daripada ``penstabil automatik´´ (automatic stabilisers), khususnya faedah pengangguran dan penjagaan kesihatan. Langkah ini bersama-sama dengan insentif percukaian kepada majikan untuk mengekalkan pekerja menyebabkan pengangguran di kawasan euro tidak meningkat setinggi di AS. Langkahlangkah fiskal telah dijuruskan kepada usaha menggalakkan penggunaan melalui rebat cukai, khususnya bagi perbelanjaan terhadap automobile dan infrastruktur. Ini telah mengembalikan semula keyakinan pengguna dan sektor perniagaan secara beransur-ansur lantas membolehkan kawasan euro pulih daripada kemelesetan untuk mencatat pertumbuhan positif KDNK yang kecil pada asas sukuan pada suku ketiga dan keempat diterajui oleh Jerman dan Perancis. Bagi tahun 2009 secara keseluruhan, kawasan euro menguncup sebanyak 4.1%. Walau bagaimanapun, proses pemulihan kawasan euro tidak sekata kerana negara-negara seperti Sepanyol dan Greece masih lagi dibelenggu oleh kemelesetan akibat krisis perumahan yang buruk dan pengangguran yang tinggi. Kawasan euro turut terjejas oleh pengangguran berstruktur dan kemerosotan kedudukan fiskal dalam beberapa ekonomi euro, lantas menimbulkan kebimbangan mengenai kemapanan rangsangan fiskal untuk menyokong pertumbuhan.
Sementara itu, penguncupan ekonomi United Kingdom (UK) berterusan selama enam suku tahunan berturut-turut sehingga suku ketiga 2009. Ini merupakan tempoh penguncupan ekonomi paling lama pernah dicatat disebabkan terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang terus lemah berikutan pengangguran yang semakin meningkat, kredit yang terhad dan ekuiti perumahan yang negatif akibat kejatuhan harga rumah yang ketara. Pelaburan tetap pula merosot dengan nyata kerana kejatuhan yang ketara dalam permintaan, kesukaran mendapatkan pembiayaan dan penggunaan kapasiti yang lebih rendah. Prospek ekonomi yang lembap telah menyebabkan Bank of England (BOE) mengurangkan kadar pinjaman asas sebanyak 150 mata asas lagi pada awal tahun 2009, kepada kadar terendah dalam sejarah sebanyak 0.5%, menjelang bulan Mac 2009. Pada masa yang sama, BOE mengumumkan rancangan pembelian bon-bon korporat dan kertas-kertas kerajaan berjumlah £200 bilion untuk menyuntik mudah tunai ke dalam ekonomi dan melegakan keadaan luluh kredit. Rangsangan fiskal juga dilaksanakan melalui rebat cukai dan insentif automobil untuk meningkatkan penggunaan. Langkah-langkah ini mula membuahkan hasil apabila ekonomi UK mencatat pertumbuhan positif yang kecil pada suku keempat 2009. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2009 secara keseluruhan, ekonomi UK menguncup sebanyak 5%. Ekonomi UK menghadapi kemelut pasaran pekerja yang terus lemah dan kedudukan fiscal yang semakin merosot.
Di Jepun, KDNK benar menguncup pada kadar tahunan 13.7% pada suku pertama, iaitu penguncupan terbesar selepas perang, berpunca daripada kejatuhan dua angka dalam eksport dan pelaburan tetap. Kemerosotan dalam perdagangan telah memberikan kesan terhadap permintaan dalam negeri dan seterusnya menjejaskan penggunaan swasta dalam keadaan deflasi yang berpanjangan. Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar semalamannya pada 0.1% dan mula melaksanakan langkah kuantitatif melalui pembelian bulanan bon kerajaan dan seterusnya melancarkan program kredit sebanyak ¥10 trilion bagi pemberi pinjaman komersial untuk menyuntik mudah tunai ke dalam system kewangan dan melegakan tekanan deflasi. Rangsangan fiskal dalam bentuk rebat cukai juga dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan swasta. Dengan memanfaatkan hubungan perdagangan yang kukuh dengan negara-negara Asia, khususnya RR China, KDNK benar Jepun meningkat pada asas sukuan pada suku kedua hasil daripada eksport ke rantau Asia yang lebih tinggi. Pada tahun 2009, RR China mengambil alih kedudukan AS sebagai rakan perdagangan Jepun terbesar. Sementara itu, permintaan dalam negeri Jepun terus lemah meskipun permintaan luaran telah kembali pulih. Bagi tahun 2009 secara keseluruhan, ekonomi Jepun menguncup sebanyak 5.2%.
Prestasi pertumbuhan rantau Asia terjejas dengan teruk oleh kemerosotan dalam sektor eksport, khususnya pada suku pertama. Ekonomi yang lebih terbuka, khususnya ekonomi perindustrian baharu Asia, mengalami kemelesetan yang lebih teruk, sementara ekonomi serantau lain yang mempunyai pasaran dalam negeri yang lebih besar seperti RR China, Indonesia dan Filipina pula mencatat pertumbuhan yang lebih sederhana. Pertumbuhan terus terjejas oleh pengeluaran inventori yang besar memandangkan firma-firma mengurangkan pengeluaran dengan nyata dan menangguhkan rancangan pelaburan lantas menyebabkan paras inventori menjadi sangat rendah. Ekoran itu, keadaan pasaran pekerja juga menjadi lemah, dengan pengangguran dalam kebanyakan negara terus meningkat lantas menjejaskan keyakinan dan perbelanjaan pengguna. Sebagai tindak balas kepada penguncupan permintaan luaran yang ketara, bank-bank pusat serantau mengurangkan kadar faedah pada tahun itu antara 75 hingga 275 mata asas di samping menerima pakai langkah mudah tunai dan langkah jaminan untuk menyokong prospek pertumbuhan keseluruhan. Pelan perbelanjaan fiskal yang agresif, yang mencakupi antara 1% hingga 12% daripada KDNK, diumumkan bagi meningkatkan permintaan dalam negeri melalui rebat cukai, pemberian wang tunai secara langsung dan perbelanjaan infrastruktur. Beberapa buah negara juga memberikan insentif cukai kepada firma-firma untuk mengekalkan pekerja mereka. Langkah-langkah dasar tersebut memainkan peranan penting untuk memulihkan semula keyakinan pengguna dan peniaga selain menstabilkan pasaran pekerja. Di samping sokongan dasar, institusi perbankan yang kukuh yang terus memainkan peranan pengantaraan kewangan, serta kedudukan kewangan sector swasta yang secara relatif kukuh turut membantu mempercepat proses pemulihan permintaan dalam negeri di rantau ini. Selain itu, perdagangan dalam rantau yang lebih kukuh menambah lagi rangsangan kepada pertumbuhan. Hasilnya, kebanyakan ekonomi serantau mula mencatat pertumbuhan sukuan yang positif pada suku kedua, lebih awal daripada ekonomi maju. Momentum pemulihan ekonomi Asia bertambah giat pada separuh tahun kedua apabila keadaan ekonomi global secara beransur-ansur menjadi bertambah baik. RR China khususnya, yang melaksanakan pakej rangsangan fiskal terbesar sebanyak 11.9% daripada KDNK, mencatat pertumbuhan 10.7% pada suku keempat 2009. Ini merupakan pertumbuhan paling kukuh sejak suku pertama 2008.
Dari segi inflasi global, banyak ekonomi maju dan serantau telah mengalami deflasi secara teknikal sejak awal tahun lagi disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi dan penurunan permintaan. Sementara inflasi keseluruhan dipengaruhi oleh kesan asas tahunan yang tinggi pada tahun 2008, inflasi teras bagi kebanyakan ekonomi masih lagi positif, lantas menyarankan bahawa ancaman deflasi sebenarnya masih lagi kecil. Berikutan pemulihan ekonomi serantau yang beransur-ansur sejak suku kedua, dan ekonomi lebih maju sejak suku ketiga, harga komoditi mula meningkat dengan stabil. Harga minyak menghampiri paras USD80 setong menjelang akhir tahun. Harga pengguna dalam kebanyakan ekonomi mula meningkat sejajar dengan trend harga komoditi walaupun tekanan permintaan masih lagi kecil. Meskipun inflasi harga pengguna rendah sepanjang tahun, harga ekuiti dan harta tanah yang semakin meningkat dalam beberapa ekonomi telah menimbulkan kebimbangan mengenai inflasi harga aset. Sebagai tindak balas, beberapa ekonomi serantau mengambil langkah-langkah tertentu untuk membendung pembentukan gelembung aset, sama ada melalui langkah-langkah pentadbiran dalam pasaran harta tanah atau langkah terhadap aliran modal jangka pendek.
Dalam pasaran pertukaran asing, dolar AS memulakan tahun 2009 dengan kukuh apabila menambah nilai berbanding dengan kebanyakan mata wang utama dalam tempoh dua bulan pertama. Kekukuhan dolar disebabkan oleh aliran pelaburan portfolio ke dalam aset berdenominasi dolar mencerminkan tindakan pelabur menghindari risiko di tengah-tengah prospek pertumbuhan ekonomi global yang semakin merosot dan pasaran kewangan global yang terus lemah. Dolar juga mendapat manfaat daripada kurangnya keyakinan terhadap euro akibat kebimbangan mengenai hubungan beberapa buah bank Eropah dengan ekonomi Eropah Timur. Namun, apabila pasaran ekuiti global mulai pulih pada bulan Mac daripada beberapa paras terendahnya dalam beberapa tahun, dolar AS mula lemah. Kesanggupan pelabur mengambil risiko telah menyebabkan peralihan daripada aset berdenominasi dolar kepada asset berdenominasi mata wang lain yang berpotensi menjana pulangan lebih tinggi. Berikutan itu, mata wang utama lain mengatasi prestasi dolar AS hampir sepanjang tahun 2009. Prestasi euro dan paun sterling adalah yang paling kukuh pada pertengahan 2009, berikutan jangkaan pemulihan yang lebih cepat bagi ekonomi-ekonomi tersebut berbanding dengan ekonomi AS.
Walau bagaimanapun, pemulihan prestasi ekonomi UK yang agak lewat pada separuh kedua 2009, menyebabkan sedikit penyusutan nilai dalam paun sterling. Menjelang akhir tahun itu, euro dan paun sterling menyusut nilai dengan ketara disebabkan oleh kebimbangan mengenai kedudukan fiscal kedua-dua ekonomi tersebut yang semakin merosot. Yen pula menambah nilai ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun disebabkan oleh penghantaran balik perolehan yang lebih tinggi daripada pelaburan di luar negeri. Namun, trend tersebut berubah pada bulan Disember apabila yen menyusut nilai berikutan keputusan Bank of Japan untuk menambah langkah-langkah kuantitatifnya. Kebanyakan mata wang Asia menambah nilai berbanding dengan dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik didorong oleh pemulihan serantau yang lebih cepat berbanding dengan ekonomi maju. Antara mata wang serantau, rupiah mencatat penambahan nilai yang paling kukuh berikutan keadaan ekonomi yang berdaya tahan dan persekitaran politik yang lebih menggalakkan. |
Selasa, 2 November 2021
KERJA KURSUS EKONOMI 2021
Masih lagi dibelenggu dengan Covid 19. Pelajar masih perlu mengikut SOP yang ketat bagi meneruskan pengajian di semester 2 dan 3 sesi 2020-2021. Tahun 2021 menjadi tahun kedua tema kerja kursus ekonomi (KKE) mengunakan data sekunder sebagai input untuk pelajar menyiapkan KKE. kebiasaan Tema KKE akan dikeluarkan MPM sekitar Mac setiap tahun. Namun berbeza tahun 2021 akhir Oktober Tema KKE dikeluarkan pihak MPM. Ini menyebabkan berlaku anjakan jadual pelaksanaan KKE sem 3 sesi 2020/2021.
Eksport sekali lagi mejadi pilihan selepas tahun 2018. Namun berbeza pada tahun 2018 tahun kajian berbeza. Pada tahun ini beberapa laman web Kementerian mengalami perubahan terutamanya Kementerian Kewangan (MOF) dulunya dikenali sebagai www.treasury.gov.my kini www.mof.gov.my. Laman terbaru ini telah menyebabkan access kepada Laporan Tahunan di Arkibnya tidak boleh diakses. Maka kebarangkalian untuk calon mendapat akses Laporan Tahunan 2009 sehingga 2018 semakin sukar.
Tema Pertama berkaitan dengan Imbangan akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. apa yang pasti laman web Jabatan Statistik merupakan laman yan gtepat bagi mendapatkan data lengkap mengikut siri masa secara talian yang boleh didowload dalam bentuk file pdf atau excel. ini dapat membantu pelajar mempercepatkan proses dapatan data dan menganalisa data.
Pelajar perlu bijak menentukan tema pilihan mereka dan menggunakan kecekapan mengakses maklumat di dalam talian.di laman seb kerajaan sesuai dengan tema di pilih..
apabila membicarakan berkaitan dengan eksport :
- jumlah eksport sepanjang tempoh kajian
- destinasi eksport
- produk dieksport
pelajar boleh menggunakan pilihan destinasi eksport ssebagai fokus kajian atau produk sebagai kajian.
contoh tajuk berasaskan negara
China : Eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018
Mengfokus negara China sebagai kajian memang menarik. Calon boleh mengenalpasti Kedudukan China sebagai destinasi eksport sepanjang tahun kajian. Calon juga perlu mengenalpasti produk utama yang dieksport ke China. Melalui tempoh masa kajian tersebut calon boleh mengenalpasti wujud perubahan dari segi kedudukan dan perubahan produk dieksport. perubahan ini membuatkan calon perlu mengenalpasti alasan berlaku perubahan tersebut.
contoh tajuk berasaskan produk
Getah : Eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018
sebagaimana tajuk berasakan negara tajuk kajian berasakan produk juga memerlukan calon menganalisa perubahan yang berlaku di sepanjang tempoh kajian dan mengenalpasti alasan perubahan yang berlaku.
Isnin, 8 Jun 2020
PERKEMBANGAN PASARAN BURUH MALAYSIA 2001-2012
https://www.academia.edu/43286996/PERKEMBANGAN_PASARAN_BURUH_MALAYSIA_2001_2012
|
PERKEMBANGAN PASARAN PEKERJA 2001-2012
|
|
|
|
Pada tahun 2001, kesan kelembapan dalam
aktiviti ekonomi telah memberi kesan kepada pasaran pekerja, terutamanya dari
segi pemberhentian pekerja di sector perkilangan. Walau bagaimanapun,
berikutan keadaan pasaran pekerja yang fleksibil, langkah-langkah alternatif
yang diambil oleh pihak majikan seperti mengurangkan gaji pekerja dan
memberhentikan pekerja secara sementara telah dapat membantu membendung
bilangan pekerja yang diberhentikan. Pada tahun 2001, keadaan pertumbuhan
yang lebih lembap telah menyebabkan jumlah guna tenaga dan jumlah tenaga
pekerja meningkat pada kadar yang lebih sederhana, masing-masing sebanyak
2.6% kepada 9.5 juta pekerja dan 3.2% kepada 9.9 juta orang. Dalam keadaan
inflasi yang rendah dan kapasiti yang berlebihan, keadaan pasaran pekerja
yang lembap telah menyumbang kepada peningkatan upah yang lebih sederhana
pada tahun 2001. Selaras dengan keadaan pasaran pekerja yang lebih lembap,
kadar pengangguran meningkat daripada 3.1% pada tahun 2000 kepada 3.7% pada
tahun 2001, dengan bilangan penganggur meningkat sebanyak 63,500 kepada
364,800 orang. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran kekal di bawah paras 4%
iaitu tahap yang dianggap sebagai guna tenaga penuh.
Mengikut sektor, pertumbuhan guna tenaga yang lebih perlahan pada tahun 2001 adalah disebabkan`terutamanya
oleh pengurangan guna tenaga yang ketara di sektor perkilangan, berikutan kemerosotan`permintaan terhadap
barangan perkilangan, terutamanya bagi produk elektronik dan elektrikal.`Justeru
itu, sektor perkilangan yang mencakup bahagian yang besar daripada bilangan
pekerjaan baru pada tahun 2000 (156,100) telah mencatat pengurangan yang
terbesar dalam guna tenaga (29,900). Walau bagaimanapun, pengurangan guna tenaga
di sektor perkilangan telah lebih daripada`diimbangi oleh pertumbuhan pesat
yang berterusan dalam guna tenaga di sektor perkhidmatan yang mencatatkan bilangan pekerja baru yang terbanyak (90.2%
atau 217,300 orang).
Dalam sector perkhidmatan, pekerjaan baru yang
diwujudkan`tertumpu terutamanya di sub sektor ‘perkhidmatan lain’yang
merangkumi perkhidmatan sosial, perkhidmatan swasta, perkhidmatan isi rumah
yang tidak berasaskan keuntungan serta perkhidmatan domestik isi rumah`(41.5%)
dan sub sektor perniagaan borong dan runcit,`hotel dan restoran (24.1%).
Program penggabungan institusi perbankan hanya menunjukkan gangguan minima
guna tenaga di sub sektor tersebut memandangkan guna tenaga di sub sektor
perbankan hanya berkurangan sedikit, iaitu sebanyak 2% kepada 93,314 orang pada
akhir tahun 2001. Sementara itu, di sektor pembinaan,
55,500 pekerjaan baru telah diwujudkan sejajar dengan peningkatan dalam
projek-projek rumah kediaman dan infrastruktur awam.
Dalam usaha untuk membendung kemerosotan pendapatan,
pihak majikan telah mengurangkan gunatenaga mereka sebagai sebahagian
daripada proses perasionalan keseluruhan untuk mengurangkan kos pengeluaran.
Berikut adalah penilaian berkaitan pemberhentian pekerja pada tahun 2001:
·
Sejumlah
38,116 pekerja telah diberhentikan (2000: 25,236), dengan 75.6% adalah
daripada sektor perkilangan. Sub sektor barangan elektronik dan elektrikal
mencakup lebih kurang separuh (45.7%) daripada jumlah pekerja yang diberhentikan.
·
Bilangan
majikan yang terlibat dalam pemberhentian pekerja meningkat sebanyak 55.2%
kepada 1,380.
·
Jumlah
pemberhentian pekerja pada tahun 2001 mencakup sebanyak 45.4% daripada jumlah
pemberhentian pekerja yang dicatat semasa krisis kewangan pada tahun 1998.
·
Sebahagian
besar (48%) daripada jumlah pekerja yang diberhentikan adalah disebabkan oleh
kemerosotan dalam permintaan barangan.
·
Mengikut
kategori pekerjaan, pekerja pengeluaran dan yang berkaitan dengannya mencakup
bahagian terbesar daripada bilangan yang diberhentikan (63.6%). Pemberhentian
pekerja profesional, teknikal dan pekerjaan berkaitan dengannya meningkat
dengan nyata sebanyak 54.8% pada tahun 2001 (2000: -36.2%), menunjukkan
bahawa langkah-langkah pengurangan kos memberi kesan kepada pekerja berskil
tinggi dan berskil rendah.
·
Pekerja
tempatan mencakup bahagian terbesar (86.9%) daripada jumlah pekerja yang diberhentikan.
·
Dari
segi lokasi, Malaysia Barat mencakup sebanyak 96.9% daripada jumlah pekerja
yang diberhentikan, dengan Pulau Pinang, iaitu pengeluar utama elektronik,
mencatat sebanyak 23% daripada jumlah pemberhentian pekerja, diikuti oleh
Johor (20.6%) dan Selangor (15.5%).
·
Laporan
Kaji Selidik Syarikat-syarikat oleh BNM menunjukkan kadar pemberhentian pada
tahun 2001 berbeza berasaskan kepada jenis pemilikan syarikat. Sebahagian
besar syarikat milik tempatan yang memberhentikan pekerja melaksanakan pemberhentian
dalam semua kategori pekerjaan, seterusnya menyebabkan pengeluaran terhenti secara
keseluruhannya. Sebaliknya, syarikat milik asing yang memberhentikan pekerja
hanya memberhentikan sebahagian daripada pekerja bahagian jualan dan
pengeluaran mereka. Justeru itu, ianya membolehkan pengeluaran diteruskan walaupun
terhad kepada jumlah jam bekerja yang lebih pendek. Di samping itu,
pemberhentian pekerja didapati lebih tinggi di kalangan syarikat yang mengeksport
sebahagian besar daripada barangan mereka ke Amerika Syarikat dan Jepun, berbanding
ke Eropah.
·
Pemberhentian
pekerja memuncak pada bulan September 2001 dengan sejumlah 5,828 pekerja diberhentikan.
Namun begitu, pada suku ke-empat tahun 2001, pemberhentian pekerja
berkurangan sebanyak 40%, berbanding suku tahun sebelumnya Keadaan pasaran
buruh yang lebih baik menjelang akhir tahun 2001 menunjukkan kesan daripada kelembapan
ekonomi Amerika Syarikat ke atas aktiviti perniagaan di Malaysia yang sedikit
sebanyak telah stabil dan kebanyakan syarikat pula sedang dalam proses
pemulihan perniagaan mereka.
Pada tahun 2001, untuk membendung kesan kelembapan
ekonomi ke atas pekerja mereka, jumlah bilangan majikan yang mengambil
langkah-langkah alternatif kepada langkah pemberhentian pekerja meningkat
(941; 2000:144). Oleh yang demikian, upah bagi 36,294 pekerja telah
dikurangkan, sementara 91,915 pekerja telah diberhentikan buat sementara
waktu. Di samping itu, sebanyak 27,756 pekerja telah menerima tawaran Skim
Pemisahan Secara Sukarela (VSS) pada tahun 2001. Di sector perbankan,
sebanyak 4,240 pekerja telah menerima VSS pada akhir bulan Disember 2001. Tidak
termasuk pekerja ekspatriat, Kerajaan telah meluluskan pengambilan sebanyak
258,578 pekerja asing yang baru (2000: 230,608), iaitu peningkatan dalam
jumlah pekerja asing yang didaftarkan sebanyak 5% kepada 769,566. Pekerja
asing yang diambil bekerja adalah kebanyakannya di sector perkilangan,
pertanian dan perkhidmatan dalam negeri. Pada tahun 2001, sebahagian besar
(73.7%) pekerja asing berasal dari Indonesia.
Permintaan pekerja seperti yang diukur berdasarkan jumlah
kekosongan jawatan meningkat dengan lebih sederhana sebanyak 6.5% kepada 131,459
pada tahun 2001 (2000: 14%) Bilangan kekosongan jawatan sebenar berkemungkinan
adalah lebih tinggi memandangkan firma-firma tidak diwajibkan melaporkan
kekosongan jawatan kepada Jabatan Tenaga Buruh, Kementerian Sumber Manusia. Kekosongan
tersebut tertumpu terutamanya di sektor perkilangan (46%), pertanian,
perhutanan dan perikanan (27.6%) dan perkhidmatan (15.7%). Sarawak terus
mencakup lebih separuh daripada kekosongan jawatan. Pulau Pinang pula
mencatat penguncupan terbesar dalam kekosongan jawatan
(46.2%) berbanding tahun 2000.
Jumlah bilangan pencari kerja aktif1 yang
berdaftar dengan Jabatan Buruh meningkat sebanyak 22.9% kepada 34,200 pada
akhir tahun 2001 (akhir tahun 2000: -12.6%). Berbanding tahun sebelumnya, peningkatan
yang lebih sederhana dalam permintaan terhadap pekerja menyebabkan nisbah
kekosongan jawatan kepada nisbah pencari kerja meningkat daripada 1:0.23 pada
akhir tahun 2000 kepada 1:0.26 pada akhir tahun 2001. Khususnya, nisbah bagi
kategori profesional dan pentadbiran melebar daripada 1:1.40 kepada 1:2.15,
sementara nisbah bagi kerja-kerja perkeranian pula melebar daripada 1:1.18
kepada 1:1.72. Pada akhir tahun 2001, sebahagian besar daripada penganggur
adalah terdiri daripada lepasan sekolah menengah (65.7%). Walaupun sebahagian
besar daripada kekosongan jawatan adalah bagi operator pengeluaran (67%), kebanyakan
daripada pekerjaan yang dikehendaki adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan
bidang perkeranian (45%). Walaupun sebahagian besar daripada pengangguran
adalah bersifat kitaran pada tahun
2001, analisa Keluk Beveridge (Pengangguran- Kekosongan3)
menunjukkan wujudnya ketidakserasian di antara penawaran dan permintaan
pekerja pada tahun 2001, seperti yang digambarkan oleh peralihan ke atas dan
ke kanan dalam keluk daripada tahun 2000 kepada 2001.
Berikutan pemberhentian pekerja dan pengurangan
gaji yang dialami oleh beberapa sektor tertentu pada tahun 2001, tekanan ke
atas upah secara umumnya berkurangan:
·
Data
daripada Kaji Selidik Bulanan Industri Perkilangan yang dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan menunjukkan upah benar bagi setiap pekerja, pada asas
tahunan, meningkat sedikit pada kadar 1.5% pada tahun 2001 (2000: 4.9%), sementara
produktiviti buruh yang diukur berlandaskan nilai jualan barangan sebenar
bagi setiap pekerja merosot sebanyak 2.1% (2000: 16%). Produktiviti buruh
yang diukur mengikut nisbah KDNK kepada jumlah guna tenaga juga merosot pada
kadar yang sama. Produktiviti yang rendah pada tahun 2001 menunjukkan pengurangan
dalam keluaran disebabkan oleh kemerosotan dalam permintaan luar.
·
Kajian
Gaji dan Kemudahan Tambahan oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menunjukkan
peningkatan dalam purata gaji sektor swasta telah stabil pada kadar 6.9% pada
tahun 2001 (2000: 7%). Purata gaji minima yang ditawarkan kepada pemegang
ijazah am meningkat sedikit pada kadar 0.5% kepada RM1,671 pada tahun 2001.
Mengikut sektor, kenaikan purata gaji di sektor bukan perkilangan adalah juga
lebih tinggi (7.1%) berbanding sector perkilangan (6.7%).
Kerajaan terus memantau dengan teliti keadaan
guna tenaga dan mengambil langkah-langkah awalan untuk menangani masalah yang
timbul daripada kelembapan ekonomi. Antara lain, pameran pekerjaan telah diadakan
di seluruh negara untuk menyediakan platform kepada pencari kerja untuk
mendapatkan maklumat tentang kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh bakal
majikan. Projek Elektronik Pertukaran Buruh yang dilancarkan pada 19
September 2001 dijangka beroperasi di internet pada tahun 2002. Projek
tersebut dirangka untuk menemukan pencari kerja dengan kekosongan jawatan
melewati sempadan geografi, seterusnya memperbaiki mobilisasi sumber manusia.
Kerajaan juga telah memperuntukkan dana untuk meneruskan pembangunan sumber
manusia, di bawah dua pakej rangsangan fiskal yang diumumkan pada bulan Mac
dan September 2001 serta semasa Belanjawan Tahun 2002.
Dalam hal ini, langkah-langkah dasar telah
ditumpukan terutamanya ke arah menggiatkan penggunaan teknologi maklumat, meningkatkan
kemahiran pekerja, mengukuhkan program latihan dan pembelajaran, membangunkan
pelbagai institusi pembelajaran dan memperbaiki kemudahan pendidikan. Perjanjian
upah baru di antara Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA)
dan Kesatuan Pekerja Ladang Kebangsaan (NUPW) telah menghasilkan upah bulanan
minimum yang terjamin sebanyak RM325, yang akan dibayar berkuatkuasa 1
Januari 2001, kepada penuai kelapa sawit dan pekerja kilang minyak
sawit.Sebagai langkah untuk mempercepatkan peralihan Malaysia kepada ekonomi
yang berteraskan pengetahuan, satu program untuk menggalakkan rakyat Malaysia
yang berkepakaran istimewa yang bekerja di luar negara untuk kembali ke
Malaysia telah bermula pada 1 Januari 2001. Pada 1 Julai 2001, pindaan kepada
senarai kepakaran, dari segi bidang kepakaran, kelayakan dan pengalaman telah
dijalankan. Kajian semula ini dilakukan untuk memastikan kualiti kepakaran
yang diluluskan di bawah program adalah selaras dengan keperluan negara untuk
bidang kepakaran yang telah dikenalpasti.
Dalam industri kewangan, ‘Projek Latihan Semula
Kakitangan’ atau Projek ‘StaRs’ telah dilancarkan pada 23 Mac 2001 dengan
objektif untuk meningkatkan mobilisasi kakitangan, terutamanya mereka yang menerima
VSS. Projek yang diuruskan oleh Institut Bank-bank Malaysia ini dibiayai
melalui sumbangan institusi kewangan kepada Tabung Latihan Kakitangan, telah
memasukkan beberapa siri program latihan yang berkaitan dengan kemahiran
untuk memenuhi kehendak sebuah ekonomi yang lebih berteraskan pengetahuan,
dan sebuah sistem sokongan infrastruktur untuk membantu kakitangan yang meninggalkan
sektor kewangan secara sukarela mencari pekerjaan baru. Pada tahun 2001,
sejumlah 64 program telah dijalankan dan telah memberi manfaat kepada lebih
kurang 1,300 pelatih.
Bagi menaikkan taraf kemahiran graduan dan
lepasan sekolah yang mengganggur serta pekerja yang diberhentikan, pakej
rangsangan berjumlah RM4.3 bilion yang telah diperkenalkan pada bulan September
2001, termasuklah peruntukan sebanyak RM300 juta untuk penubuhan Skim Khas
yang mengandungi program latihan IT, matematik dan bahasa; keusahawanan
pertanian komersil; pengajian lanjutan; dan penempatan dengan agensi
kerajaan, universiti awam, firma profesional swasta dan perusahaan kecil dan
sederhana. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1993, Majlis Pembangunan Sumber
Manusia (MPSM) yang mentadbir Kumpulan
Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) untuk latihan semula dan menaikkan
taraf kemahiran pekerja telah meluluskan sejumlah 3.1 juta tempat latihan,
yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion.
Dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang disediakan,
MPSM yang telah dikorporatkan pada
16 Mei 2001 telah ditukar namanya kepada ‘Pembangunan
Sumber Manusia Berhad (PSMB). Pada akhir bulan Disember 2001, bilangan
pekerja yang berdaftar dengan PSMB meningkat kepada 7,690, dengan bahagian
terbesar (71.6%) adalah daripada sektor perkilangan dan selebihnya daripada sektor
perkhidmatan. Memandangkan pendapatan korporat yang lebih rendah sepanjang
tahun ini, pada 1 November 2001, levi yang dikenakan oleh PSMB ke atas bil
upah bulanan syarikat telah dikurangkan separuh daripada 1% kepada 0.5%. Pada
tahun 2001, pungutan levi KWPSM terus meningkat kepada RM209.1 juta daripada
RM188.3 juta pada tahun 2000. Berkuatkuasa untuk jangka masa setahun, bermula
1 November 2001, bantuan kewangan kepada majikan telah dinaikkan daripada 85%
kepada 100% daripada kos program latihan terpilih yang dijalankan oleh
pelatih tempatan, termasuk latihan mengenai pengawalseliaan, pengurusan
strategik, pengurusankewangan, pengurusan sumber manusia dan keselamatan
serta kesihatan pekerja.
Pada tahun 2001, sejumlah 420,057 tempat latihan
telah diluluskan oleh PSMB dengan bantuan kewangan sebanyak RM189.8 juta.
PSMB juga telah dilantik sebagai salah satu agensi penyelaras untuk dua
daripada sembilan program di bawah Skim Khas yang ditubuhkan untuk pekerja
yang diberhentikan dan graduan yang mengganggur. Ini merupakan`“Skim Latihan
untuk Pekerja yang Diberhentikan II”dan “Skim Latihan Graduan” yang telah
memberi manfaat kepada 5,519 pelatih dengan bantuan kewangan terkumpul
sebanyak RM36.1 juta. Dana Pembangunan Kemahiran (SDF) yangditubuhkan oleh
Kementerian Sumber Manusia dengan peruntukan sebanyak RM140 juta telah mula
beroperasi pada 2 Januari 2001. Dana ini bertujuan untuk memberi pinjaman
mudah untuk latihan teknikal dan vokasional yang ditawarkan oleh institusi
yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Negara. Pada tahun 2001, lebih
kurang 20,000 permohonan telah diluluskan dan sebanyak RM24.2 juta telah
dikeluarkan.
Secara keseluruhan, pelarasan yang berlaku di pasaran
buruh dalam negara pada tahun ini menunjukkan bagi semua pihak yang terlibat,
termasuk Kerajaan, majikan dan pekerja telah menunjukkan fleksibiliti dalam
suasana ekonomi yang lebih sukar. Melangkah ke hadapan, peningkatan dalam
produktiviti akan terus menjadi agenda utama dalam peralihan ekonomi kepada ekonomi
yang lebih berteraskan pengetahuan. Dalam hal ini, usaha yang akan dijalankan
termasuklah keperluan untuk menangani ketidaksuaian dari segi kemahiran dan
peningkatan
yang berterusan dalam
mobilisasi pekerja.
|
|
|
|
Keadaan pasaran pekerja kekal
menggalakkan pada tahun 2002 untuk menyokong pemulihan dalam aktiviti
ekonomi. Anggaran terkini menunjukkan bahawa jumlah tenaga pekerja dan jumlah
guna tenaga berkembang dengan kadar yang sederhana, masing-masing sebanyak
3.1% kepada 10.2 juta orang dan 3.2% kepada 9.8 juta pekerja. Hasilnya, kadar
pengangguran berkurangan daripada 3.6% kepada 3.5%, iaitu hampir kepada tahap
guna tenaga penuh. Keadaan pasaran pekerja yang lebih baik pada tahun 2002
juga dicerminkan oleh pengurangan yang ketara dalam bilangan pemberhentian
pekerja serta permintaan pekerja yang lebih tinggi.Langkah-langkah telah
diambil pada tahun 2002 untuk meningkatkan kualiti pekerja serta untuk
menangani masalah ketidaksepadanan kemahiran dengan permintaan untuk pekerja.
Pembangunan sumber manusia masih merupakan bidang yang terus diberi keutamaan
dalam usaha berterusan untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia.
Mengikut sektor, sebahagian besar daripada pekerja baru
(175,000) diambil bekerja oleh sector perkhidmatan, seterusnya meningkatkan
bahagian sektor tersebut kepada jumlah guna
tenaga kepada 52.6%. Pekerjaan baru yang
diwujudkan tertumpu terutamanya di subsektor ‘perkhidmatan lain’ (60,000),
yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan kerja sosial, aktiviti perkhidmatan
komuniti, sosial dan persendirian lain dan isi rumah persendirian dengan
pekerja bergaji. Mencerminkan peningkatan aktiviti di sector perkilangan pada
separuh tahun kedua, terutamanya di subsektor elektronik, bilangan pekerjaan
di sektor perkilangan juga meningkat dengan sejumlah 124,000 pekerjaan baru
dihasilkan. Mencerminkan keadaan ekonomi yang bertambah baik pada tahun 2002,
bilangan pekerja yang diberhentikan berkurangan dengan ketara sebanyak 30.6%
kepada 26,457, manakala bilangan yang ditawarkan Skim Pemisahan Secara
Sukarela (VSS) berkurangan 22.6% kepada 21,486. Di sector perbankan, sebanyak
1,741 pekerja menerima VSS pada tahun 2002, menjadikan jumlah pekerja yang menerima
VSS ekoran daripada program penyatuan institusi perbankan tempatan kepada
5,981 pada akhir bulan Disember 2002.
Kesemua sektor utama ekonomi mencatatkan bilangan pemberhentian pekerja
yang lebih rendah pada tahun 2002. Khususnya keseluruhan penurunan adalah
disebabkan oleh bilangan pemberhentian
pekerja yang lebih rendah di subsektor elektronik dan elektrikal (10,496;
2001:17,413) serta sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (733; 2001:
1,129). Bilangan majikan yang mengurangkan tenaga pekerja juga turut berkurangan
sebanyak 10.4% kepada 1,236. Apa yang lebih memberangsangkan ialah
pemberhentian pekerja akibat daripada pengurangan permintaan produk dan
penyusunan semula syarikat berkurangan sebanyak separuh kepada 9,917.
Mengikut kategori pekerjaan, pekerja pengeluaran dan yang
berkaitan, khususnya pekerja separuh mahir, adalah kumpulan pekerja yang
paling banyak diberhentikan (58%), menunjukkan bahawa langkah-langkah
mengurangkan kos kebanyakannya melibatkan pekerja di peringkat bawahan. Pemberhentian
pekerja profesional, teknikal dan yang berkaitan, berkurangan dengan ketara sebanyak
26%. Pekerja tempatan mencakup sebahagian besar (90.8%) daripada jumlah
pekerja yang diberhentikan.
Dari segi lokasi, Semenanjung Malaysia mencakup 96% daripada
pekerja yang diberhentikan, dengan Pulau Pinang, yang merupakan pengeluar
utama barangan elektronik, terus mencakup sebahagian terbesar (24%) daripada jumlah pemberhentian, diikuti Selangor
Darul Ehsan
(21%) dan Johor Darul Takzim (13%). Pada masa yang sama, guna
tenaga tidak penuh berkurangan selaras dengan prestasi ekonomi yang lebih
baik. Ini dicerminkan dalam penurunan bilangan pekerja yang bekerja kurang
dari masa yang sepatutnya (61,959; 2001: 91,915) dan juga bilangan pekerja
yang menerima potongan upah (17,425; 2001: 36,294).
Sejajar dengan pemulihan ekonomi, permintaan terhadap pekerja yang
diukur berdasarkan jumlah
kekosongan jawatan yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga
Kerja, Kementerian Sumber Manusia meningkat 23.8% kepada 162,787 pada tahun
2002 (2001: 6.5%). Peningkatan ini dilaporkan bagi kesemua sektor, kecuali
subsektor pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, di mana kekosongan
berkurangan 13.5%. Antara yang ketara ialah peningkatan yang besar sebanyak
25.1% bagi kekosongan di sektor perkilangan berbanding dengan penurunan 10.4%
pada tahun 2001. Sektor
tersebut terus mencakup hampir separuh (46.5%) daripada
kekosongan yang dilaporkan pada tahun
2002.
Mengikut kumpulan pekerjaan, kekosongan yang dilaporkan
kebanyakannya adalah untuk pekerjaan yang berkaitan dengan pengeluaran (63.2%),
serta pertanian (21.1%). Pada tahun 2002, peningkatan permintaan untuk
pekerja berkemahiran tinggi menyebabkan permintaan bagi pekerja profesional,
teknikal, pentadbiran dan pengurusan meningkat dengan nyata sebanyak 70.8%
kepada 8,575 kekosongan. Sarawak terus mencakup lebih separuh daripada jumlah
kekosongan. Penghantaran pulang pekerja tanpa izin ketika tempoh pengampunan
turut menyebabkan bilangan kekosongan yang tinggi di sektor pembinaan. Namun
demikian, keadaan ini tidak dicerminkan dalam jumlah kekosongan kerana
majikan tidak diwajibkan melaporkan kekosongan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Jumlah bilangan pencari
kerja aktif yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga
Kerja berkurangan 5.5%
kepada 32,305 pada akhir tahun 2002. Sementara kebanyakan
kekosongan adalah untuk pekerjaan
yang berkaitan dengan pengeluaran dan pertanian, sebahagian besar daripada pekerjaan yang
dicari
adalah yang berkaitan dengan perkeranian (49.4%), profesional,
teknikal dan pentadbiran (21%) serta pengeluaran (20.3%). Ini mencerminkan ketidaksepadanan
permintaan dan penawaran kemahiran di pasaran pekerja. Khususnya, terdapat kekurangan
pekerja di sektor pertanian dan pengeluaran, tetapi terdapat lebihan
penawaran pekerja di bidang yang berkaitan dengan profesional, teknikal dan
pentadbiran. Walaupun terdapat banyak bilangan pencari kerja untuk pekerjaan
pengeluaran, kekurangan pekerja pengeluaran yang masih dihadapi oleh majikan menunjukkan
bahawa pengilang di Malaysia memerlukan pekerja yang lebih mahir apabila mereka
meningkatkan pengeluaran ke rantaian nilai yang lebih tinggi.
Analisa Keluk Beveridge (Pengangguran-Kekosongan) menunjukkan
walaupun ketidaksepadanan antara penawaran dan permintaan pekerja berterusan
sehingga ke tahun 2002, keluk ini juga menunjukkan bahawa terdapat pemulihan
dalam struktur pasaran pekerja. Nisbah kekosongan kepada pengangguran yang
lebih tinggi bersama dengan peralihan keluk ke kiri dari tahun 2001 ke 2002 menandakan
bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan penganggur yang mengisi
jawatanjawatan kosong. Ini mencerminkan pemadanan kerja yang lebih baik
berikutan langkah-langkah berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi meningkatkan
kualiti dan pergerakan pekerja.
Pada akhir bulan September 2002, sebahagian besar daripada
pencari kerja aktif dan penganggur adalah terdiri daripada lepasan sekolah
menengah (masing-masing mencakup 80% dan 62.9%).Bilangan penganggur graduan
meningkat kepada 45,400 atau 0.1% daripada jumlah penganggur pada akhir bulan
September 2002 dan mencakup 0.5% daripada jumlah tenaga pekerja (akhir tahun
kepada 19,100. Walaupun keadaan pengangguran dikalangan graduan pada umumnya
adalah mengikut kitaran ekonomi yang meningkat semasa pertumbuhan ekonomi
merosot, terdapat factor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan pengangguran
di kalangan graduan di tahun-tahun kebelakangan ini.
Satu Kaji Selidik Mengenai Keupayaan Memperoleh Pekerjaan
oleh Graduan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai 2002
untuk mengenal pasti kelayakan pekerjaan mengikut kehendak
majikan,menunjukkan bahawa masalah utama ialah ketidaksepadanan kemahiran
kerana kebanyakan syarikat yang menjawab kaji selidik menyatakan sebahagian
besar graduan tidak memiliki kemahiran yang diperlukan oleh industri dan
masalah ini lebihketara di kalangan graduan tempatan. Oleh kerana
sektor-sektor tertentu masihmempunyai kapasiti yang berlebihan, peningkatan aktiviti
ekonomi tidak memberi tekanan ke atas upah pada tahun 2002.
Penunjuk upah yang sedia`ada menunjukkan bahawa peningkatan kadar upah`telah
menjadi sederhana:
·
Data
daripada Kaji Selidik Bulanan Industri Perkilangan yang dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa pada asas tahunan, upah benar bagi
setiap pekerja meningkat 2.9% (2001: 1.7%).
·
Kajian Gaji
dan Kemudahan Tambahan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan
peningkatan dalam purata gaji sektor swasta yang lebih rendah pada kadar
6%pada tahun 2002 (2001: 6.9%). Mengikut sektor, kenaikan purata gaji di
sektor bukan perkilangan adalah lebih tinggi 6.1% (2001: 7.1%) berbanding
dengan sektor perkilangan 5.9% (2001: 6.7%). Purata gaji minima yang ditawarkan
kepada pemegang ijazah am kekal stabil pada RM1,675.
·
Hanya dua
mogok perindustrian yang berkaitan dengan permintaan upah yang lebih tinggi dilaporkan
pada tahun 2002, melibatkan sector-sektor perkilangan dan pertanian.
Produktiviti pekerja yang
diukur dengan nisbah KDNK kepada jumlah guna tenaga juga pulih dengan
mencatatkan pertumbuhan positif 0.9% pada tahun 2002 (2001: -1.8%).
Pertumbuhan produktiviti adalah disebabkan terutamanya oleh pemulihan
produktiviti di sektor-sektor pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.
Produktiviti di sektor pembinaan pulih untuk mencatatkan pertumbuhan positif
1.1% (2001: -3.4%), sementara produktiviti di sektor perkhidmatan mencatatkan
pertumbuhan positif 0.8% (2001: -1.6%) disebabkan terutamanya oleh pemulihan produktiviti
di subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan dan
juga subsektor perdagangan borong dan
runcit, hotel dan restoran. Sejajar dengan prestasi sector perkilangan yang
lebih baik pada tahun 2002, terutamanya dalam industri yang berasaskan eksport,
kadar penurunan produktiviti di sector perkilangan menyederhana kepada 1.6%
pada tahun 2002 (2001: -7.6%).
Kerajaan juga terus melaksanakan beberapa inisiatif sebagai
sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kualiti pekerja dan memenuhi permintaan
majikan yang berubah selaras dengan perubahan struktur ekonomi.
Langkah-langkah untuk meningkatkan pergerakan pekerja dari satu sektor ke
sektor yang lain termasuklah penganjuran pameran kerjaya di seluruh negara
dan pelaksanaan program latihan semula untuk pekerja yangdiberhentikan.
Inisiatif lain yang diambil termasuk Projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). ELX
yang mula beroperasi pada bulan Mei 2002, direka dengan tujuan untuk
memadankan pencari kerja dengan jawatan kosong yang meliputi kawasan geografi
yang lebih luas untuk memperbaiki pergerakan sumber manusia. Pada akhir tahun
2002, seramai 11,000 pencari kerja aktif telah mendaftar melalui ELX,
manakala 2,040 jawatan kosong telah diiklankan pada bursa ini oleh 720 majikan.
Dalam usaha menangani kekurangan pekerja di sektor-sektor
tertentu, kerajaan telah meluluskan pengambilan 545,725 pekerja asing yang
baru(2001: 258,578). Jumlah pekerja asing yangberdaftar meningkat 111% kepada
1,057,156 pada tahun 2002. Sebahagian besar daripada pekerja asing diambil
bekerja di sektor perkilangan, pertanian, perkhidmatan rumah dan
pembinaan.Sementara pengambilan pekerja dari Indonesia mencakup bahagian yang
paling besar (71.4%)daripada jumlah pekerja asing yang berdaftar, pengambilan
pekerja dari Negeri Thai pula meningkat dengan ketara kepada 23,660 pada tahun
2002 (2001: 2,240), dengan kebanyakannya diambil untuk bekerja di sektor
pembinaan. Memandangkan bilangan pendatang tanpa izin yang tinggi di negara
ini, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah pada tahun 2002 untuk menangani
isu-isu keselamatan. Satu daripada langkah-langkah yang dilaksanakan
termasuklah pembaharuan Akta Imigresen. Akta Imigresen 1959/ 63 (Pindaan
2002) baru yang berkuat kuasa 1 Ogos 2002, memperuntukkan hukuman yang lebih
berat kepada mereka yang didapati bersalah mengambil pendatang tanpa izin
sebagai pekerja ataupun memasuki Malaysia secara tidak sah. Majikan-majikan mengambil
kesempatan daripada tempoh program pengampunan dari 22 Mac hingga 31 Julai2002
untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal mereka. Semasa
tempoh pengampunan, 318,272 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang,
dengan pendatang tanpa izin dari Indonesia (84.7%) mencakup bahagian terbesar
daripada mereka yang dihantar pulang, diikuti India (6.3%) dan Bangladesh
(5.5%).
Untuk memastikan kemasukan pekerja asing yang lebih teratur,
Kerajaan kini dalam proses menyediakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan
13 buah negara lain (India, Indonesia,Kemboja, Kazakhstan, Laos, Myanmar,
Nepal, Filipina, Sri Lanka, Negeri Thai, Turkmenistan, Uzbekistan dan
Vietnam), yang akan menawarkan pekerja kepada Malaysia. Di antara
syarat-syarat baru yang dimasukkan ke dalam MoU ialah pekerja-pekerja mesti
boleh berkomunikasi dalam bahasaMelayu atau Inggeris, tidak mempunyai rekod jenayah
dan kerajaan tuan rumah mesti bertanggungjawab untuk menghantar pekerja-pekerja
ini balik jika mereka didapati melanggar undang-undang Malaysia. Dengan MoU
ini, urusan pengambilan pekerja akan menjadi lebih sistematik dan membolehkan
pembangunan pangkalan data pekerja asing yang komprehensif di negara ini. Pada
bulan September, Kerajaan telah memperbaharui dasar dan garis panduan
berkenaan pengambilan pekerja asing untuk menangani masalah kekurangan
pekerja mahir berikutan tamatnya tempoh pengampunan, terutamanya di sektor-sektor
perkilangan dan pembinaan. Di bawah garis panduan baru, pekerja asing
berpengalaman yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
boleh melanjutkan tempoh tinggal
mereka selama lima tahun lagi, kepada 10 tahun. Pada tahun 2002, sebanyak
12,662 pekerja asing dari sektor-sektor perkilangan (8,974), perkhidmatan
(2,215) dan pertanian (1,473) telahdiiktiraf sebagai pekerja mahir oleh MLVK.
Kerajaan akan meneruskan usaha untuk menambah bilangan
pekerja mahir dan meningkatkan kualiti tenaga pekerja sebagai persediaan
untuk beralihkepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Dalam Bajet tahun
2003, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.62 bilion kepadaKementerian
Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian
PembangunanUsahawan untuk melaksanakan pelbagai program latihan kemahiran dan
untuk menyediakan kemudahan infrastruktur. Selaras dengan hasrat Kerajaan
untuk membangunkan tenaga pekerja yang lebih mahir untuk tujuan penyelidikan
dan pembangunan, satu Geran Latihan bernilai RM100 juta juga akan ditubuhkan.
Geran ini akan disalurkan kepada syarikat sektor swasta untuk membiayai latihan
untuk kakitangan penyelidikan dan pembangunan mereka.
Status projek-projek yang dilaksanakan pada tahun 2001 dengan
objektif mempertingkat kualiti sumber manusia adalah seperti yang berikut:
· Projek “Dual
System” – Projek ini bertujuan memberi
persediaan kepada belia-belia untuk menjadi pekerja yang berpengetahuan
melalui latihan berorientasikan industri yang akan dijalankan di tempat
bekerja dalam suasana bekerja yang sebenar. Projek yang mengandungi lima
komponen utama, kini berada pada tahap pertama yang melibatkan penubuhan Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT) dan meningkatkan penyertaan industry dan
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara langsung dalam TEVT.
· Program Menggalakkan Warganegara Malaysia yang Berkepakaran di
Luar Negara Pulang ke Malaysia –
Pada akhir tahun 2002, sebanyak 184 daripada 506 permohonan yang diterima
telah diluluskan dibawah program ini, yang menggalakkan warganegara Malaysia
yang berkepakaran yang bekerja di luar Negara pulang ke Malaysia untuk
membantu proses pembinaan negara. Daripada jumlah permohonan yang diluluskan,
47 adalah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelidikan
dan pembangunan dan bioteknologi.
·
Program Khas
untuk Graduan Menganggur dan Pekerja yang Diberhentikan – Sebanyak 37,033 peserta telah menyertai pelbagai skim sangkutan
dan latihan untuk graduan menganggur, manakala 9,499 peserta menyertai skim
untuk pekerja diberhentikan dan lepasan sekolah. Pada akhir tahun 2002,
sejumlah RM254 juta telah digunakan untuk pelbagai program di bawah skim ini.
Kesemua program (kecuali skim sangkutan dengan agensi kerajaan,yang berakhir
pada bulan Oktober 2002) akan terus dilaksanakan sehingga kesemua peruntukan
kewangan sebanyak RM300 juta selesai digunakan.
·
Projek
Latihan Semula Kakitangan (StaRs) –
Pada akhir tahun 2002, sembilan institusi kewangan telah menyertai Projek
StaRs. Projek ini bertujuan untuk menyediakan pekerja dari institusi kewangan
yang akan meninggalkan industri kewangan di bawah Skim Pemisahan Secara
Sukarela dengan kemahiran untuk memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan
supaya membolehkan mereka memasuki industri-industri lain. Pada tahun 2002,
Institut Bank-Bank Malaysia telah menjalankan 26 program dengan memberi manfaat
kepada kira-kira 714 pelatih.
Pada tahun 2002, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB),
yang mentadbir Kumpulan Wang
Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) untuk latihan semula dan
meningkatkan taraf kemahiran pekerja telah meluluskan 441,102 tempat latihan untuk
14 skim latihan di bawah KWPSM, dengan bantuan kewangan sebanyak RM319.5
juta. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1993, PSMB telah meluluskan 3.5 juta
tempat latihan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.3 bilion. Pada akhir bulan
Disember 2002, jumlah majikan yang berdaftar dengan PSMB meningkat kepada
8,172, dengan sebahagian besar (71%) adalah dari sector perkilangan dan
selebihnya dari sector perkhidmatan.
Memandangkan levi yang dikenakan oleh PSMB adalah lebih
rendah pada tahun 2002, levi yang dikumpul oleh KWPSM berkurangan kepada
RM121.2 juta daripada RM209.1 juta pada tahun 2001. Walau bagaimanapun, mulai
1 November 2002, levi yang dikenakan oleh PSMB bertukar kembali daripada 0.5%
kepada 1% daripada upah bulanan majikan pada tahun 2002. Sebagai satu agensi
yang menyelaraskan skim latihan untuk pekerja yang diberhentikan dan graduan
yang menganggur, pada tahun 2002, PSMB juga menguruskan peruntukan sebanyak
RM137 juta yang telah memberi manfaat kepada 20,573 pelatih (graduan: 11,787)
di bawah "Skim Latihan untuk Penganggur dan Pekerja yang
Diberhentikan" dan "Skim Latihan Graduan." Di samping itu,
Dana Pembangunan Kemahiran (SDF) telah mengeluarkan bayaran sejumlah RM181.6
juta (2001: RM24.2 juta) kepada 36,700 permohonan yang diluluskan (2001: 5,000).
SDF ditubuhkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberi pinjaman mudah
untuk latihan teknikal dan vokasional yang ditawarkan oleh institusi yang diiktiraf oleh Majlis
Latihan Vokasional Negara
|
|
|
|
Keadaan pasaran pekerja dalam
negeri kekal stabil dan positif. Pada tahun 2003, pertumbuhan keseluruhan
jumlah guna tenaga dan tenaga pekerja berkembang secara sederhana pada kadar yang
sama masing-masing sebanyak 3.3% kepada 10.2 juta pekerja dan 10.5 juta
orang. Kadar pengangguran kekal rendah pada paras 3.5%. Langkah-langkah
tambahan telah diambil pada tahun 2003 bertujuan untuk meningkatkan kualiti pekerja,
mengurangkan ketidakpadanan kemahiran dan menangani permintaan yang berubah
dalam ekonomi.
Keluk Beveridge, yang menjejaki corak pengangguran dan
kekosongan dalam pasaran pekerja, beralih ke bawah dan ke dalam pada tahun
2003. Ini menandakan pusingan ganti dalam pasaran pekerja adalah lebih rendah
manakala proses memadankan pekerja dengan jawatan menjadi lebih cekap.
Perkara ini disahkan oleh hasil kajian lain. Kaji selidik Gaji, Faedah dan Keadaan
Guna Tenaga di Sektor Perkilangan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
(FMM) menunjukkan bahawa kadar purata pusingan ganti bulanan keseluruhan
adalah lebih rendah sebanyak 1.76% pada tahun 2003 (2002: 4.1%). Begitu juga,
Kaji selidik Gaji dan Kemudahan Tambahan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF),
yang termasuk firma-firma daripada sektor-sektor bukan perkilangan,
menunjukkan bahawa kadar purata pusingan ganti bulanan keseluruhan kekal
rendah pada 1.76% pada tahun 2003 (2002: 1.66%). Pusingan ganti yang rendah
dalam pasaran pekerja juga dicerminkan dalam data kekosongan dan pemberhentian
pekerja untuk tahun 2003, manakala data mengenai pencari pekerjaan yang sudah
dan belum ditempatkan mencerminkan kecekapan dalam proses memadankan pekerja
dengan jawatan.
Pertumbuhan dalam jumlah kekosongan yang dilaporkan,
terutamanya yang terdapat dalam sector perkilangan, pertanian, perkhidmatan
dan pembinaan, menyederhana sebanyak 40% kepada 96,918 (2002: 162,787).
Pemberhentian pekerja, yang kebanyakannya berlaku dalam sector perkilangan
dan sektor berkaitan pelancongan, juga merosot sebanyak 20% (21,206 orang;
2002: 26,452). Sebab-sebab utama pemberhentian pekerja termasuk pengurangan
permintaan barangan, pengorganisasian semula syarikat dan penutupan syarikat.
Sebab-sebab yang lain termasuk penyempurnaan projek, pengurangan dalam pengeluaran
dan guna tenaga serta penggunaan khidmat luaran. Pertumbuhan dalam jumlah penempatan
pada tahun 2003 menyederhana sebanyak 16%, walaupun penyederhanaan dalam pertumbuhan
kekosongan jawatan adalah lebih tinggi. Pada masa yang sama, bilangan pencari
pekerjaan yang ditempatkan berjumlah 28,404 orang pada akhir tahun 2003,
iaitu bilangan terendah sejak bulan Januari 2001. Kedua-dua perkembangan ini menandakan
kecekapan yang lebih tinggi dalam proses memadankan pekerja dengan kekosongan
jawatan.
Memandangkan terdapat guna tenaga tidak penuh dalam
sektor-sektor tertentu, lonjakan dalam aktiviti ekonomi tidak menimbulkan
tekanan terhadap upah pada
tahun 2003. Penunjuk yang sedia ada mengenai upah menunjukan kenaikan kadar
upah terus menyederhana pada tahun 2003:
·
Data
daripada Kaji selidik Bulanan Industri Perkilangan yang dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa pada asas tahunan, upah benar bagi
setiap pekerja meningkat sebanyak 2.6% (2002: 3.2%).
·
Kaji selidik
Gaji dan Kemudahan Tambahan oleh MEF menunjukan kenaikan dalam purata gaji
sektor swasta adalah lebih rendah sedikit pada 5.8% pada tahun 2003 (2002:
6%). Mengikut sektor, kenaikan purata gaji dalam sektor bukan perkilangan
adalah lebih tinggi(6.1% pada tahun 2003 dan 2002) berbanding sektor
perkilangan (5.5%; 2002: 5.9%). Purata gaji bulanan minimum yang ditawarkan
kepada pemegang ijazah am adalah lebih rendah sedikit pada RM1,669 (2002:
RM1,675).
·
Kaji selidik
Gaji, Faedah dan Keadaan Guna Tenaga dalam sektor perkilangan yang dijalankan
oleh FMM menunjukkan kenaikan dalam gaji purata keseluruhan yang dibayar
kepada pekerja juga menyederhana pada
5.5% pada tahun 2003, manakala gaji purata asas graduan baru adalah sebanyak
RM1,861.
·
Hanya
terdapat dua mogok yang berkaitan dengan permintaan gaji yang lebih tinggi
pada tahun 2003, iaitu sama seperti tahun yang lepas.
Produktiviti pekerja yang
diukur dengan nisbah KDNK kepada jumlah guna tenaga bertambah baik dengan
ketara dengan kadar pertumbuhan berganda kepada 2% pada tahun 2003 (2002:
0.9%). Pertumbuhan produktiviti adalah disebabkan terutamanya oleh
peningkatan pengeluaran dalam kesemua sektor utama sejajar dengan aktiviti ekonomi
yang lebih kukuh. Khususnya, produktiviti dalam sektor perkilangan bertukar
arah untuk mencatat pertumbuhan positif sebanyak 3% (2002: -0.8%) disebabkan
pertambahan dalam pengunaan modal. Sektor pertanian dan perkhidmatan mencatat
pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi masing-masing pada 5.7% dan 0.7%
(2002: masing–masing sebanyak 3.1% dan 0.5%). Pertumbuhan produktiviti yang
lebih tinggi dalam sektor pertanian adalah disebabkan oleh keadaan cuaca yang
baik, iaitu satu faktor penting dalam menentukan hasil keluaran pertanian,
amalan pertanian yang lebih baik dan automasi yang lebih tinggi. Untuk jangka
lebih panjang, Kerajaan terus menggalakkan firma-firma untuk menggunakan amalan
kerja yang lebih baik, meningkatkan penggunaan jentera dan automasi di
samping memperkenalkan perubahan struktur untuk meningkatkan kecekapan dan
produktiviti bagimengatasi kekurangan pekerja, khususnya untuk pekerjaan-pekerjaan
di tahap yang rendah.
Buat masa ini, Kerajaan terus meluluskan pengambilan pekerja asing yang
baru dari negara-negara yang ditetapkan, iaitu Bangladesh, Kemboja, Republik Rakyat
China, India, Indonesia, Kazakhstan, Republik Kyrgyz, Republik Demokratik
Rakyat Lao, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan,
Uzbekistan dan Vietnam. Pada tahun 2003, Kerajaan menandatangani sebanyak
enam Memoranda Persefahaman, iaitu dengan Bangladesh, Republik Rakyat China,
Sri Lanka, Thailand, Pakistan dan Vietnam dengan tujuan untuk mengawal
prosesdan prosedur pengambilan, manakala persefahaman secara dasar telah
dipersetujui dengan Nepal dan Republik Kyrgyz.
Pada tahun 2003, kelulusan telah diberi bagi penggajian
seramai 516,355 pekerja asing baru (2002: 545,725), terutamanya dalam sector pertanian,
perkilangan dan pembinaan. Sebahagian besar daripada pekerja baru tersebut berasal
dari Indonesia, sementara yang lain, adalah terutamanya dari Nepal, Vietnam,
India, Myanmar dan Thailand. Pada keseluruhannya, bilangan pekerja asing berdaftar di negara
ini meningkat sebanyak 17% kepada 1,239,862
orang (2002: 1,057,156) dan mencakupi lebih kurang 12% daripada jumlah
tenaga pekerja. Sebahagian besar daripada mereka bekerja dalam
sektor perkilangan, diikuti oleh sektor
pertanian,perkhidmatan (termasuk pembantu rumah) dan pembinaan. Lebih kurang
70% daripada jumlah pekerja asing adalah berasal dari Indonesia, manakala pekerja
dari Nepal dan Bangladesh merupakan kumpulan kedua dan ketiga terbesar, masing-masing
sebanyak 8% dan 7%.
Dasar penggajian pekerja asing terus dilonggarkan untuk
memenuhi keperluan bagi kemahiran dalam
bidang tertentu. Oleh yang demikian, tempoh penggajian
pekerja asing yang terlibat dalam bidang 3’D’ (Difficult, Dirty and Dangerous atau Sukar, Kotor dan Merbahaya) telah dilanjutkan daripada
lima tahun kepada tempoh maksimum sepuluh tahun. Begitu juga, dasar
penggajian ekspatriat dalam sektor perkilangan telah dilonggarkan. Memandangkan
strategi untuk mempelbagaikan kepada sektor pertumbuhan baru, terutamanya perkhidmatan
berkaitan perkilangan dan penyelidikan dan reka bentuk serta industry-industri
berteknologi tinggi, peluang-peluang pekerjaan adalah lebih banyak dalam
sektor yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi yang memerlukan
kemahiran khusus yang tinggi. Oleh yang demikian, program Brain-Gain telah
dilancarkan pada tahun 2001 untuk menggalak warganegara Malaysia yang berada
di luar negeri dan mempunyai kepakaran khas dalam bidangtertentu, seperti
perubatan dan kesihatan, ICT, perakaunan dan kewangan untuk pulang berkhidmat
di Malaysia. Program tersebut Berjaya menarik permohonan daripada seramai 599
orang professional, dan 234 daripadanya telah diluluskan.
Sementara itu, di bawah Pakej Ekonomi, sebuah Tabung Latihan
Semula dengan dana sebanyak RM100 juta telah dilancarkan dengan tujuan untuk membantu
siswazah menganggur memperoleh kemahiran yang mempunyai permintaan seperti ICT
dan perakaunan. Pada akhir tahun 2003, seramai 7,338 siswazah pelatih
mendapat manfaat daripada latihan yang disediakan di bawah Tabung tersebut,
yang secara umumnya dikenali sebagai Skim Latihan Graduan II (SLG II).
Bantuan kewangan yang diberikan kepada pelatih-pelatih SLG II berjumlah
RM55.7 juta. Memandangkan masih terdapat peruntukan di bawah skim khas yang
dilancarkan dahulu pada tahun 2001 untuk siswazah menganggur dan pekerja yang
diberhentikan, skim tersebut diteruskan pada tahun 2003. Pada akhir tahun 2003,
seramai 38,942 orang telah menyertai pelbagai skim sangkutan dan latihan
untuk siswazah menganggur, yang secara umumnya dikenali sebagai Skim Latihan
Graduan I, manakala seramai11,135 peserta mendapat manfaat daripada skim untuk
pekerja yang diberhentikan dan para penganggur.
Sejajar dengan penekanan terhadap pertumbuhan yang berasaskan
pengetahuan dan diterajui perkhidmatan, Kumpulan
Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) memainkan
peranan yang penting untuk mempertingkatkan latihan pekerja oleh majikan.
Pada tempoh 1993-2003, sejumlah 3.9 juta tempat latihan dengan
jumlahperuntukan RM1.4 bilion telah diluluskan (2003:441,721 tempat latihan
dengan bantuan kewangan RM206 juta). Skop KWPSM diperluaskan untuk memenuhi
permintaan yangberubah. Pembayaran semula untuk kursus yangdigalakkan
dinaikkan kepada jumlah penuh levi (sebelumnya 85%), manakala skim tambahan untuk
syarikat yang lebih kecil dan PKS telah diperkenalkan. Tempoh penggunaan
KWPSM oleh para majikan telah dilanjutkan kepada lima tahun, daripada dua
tahun sebelumnya. Skop KWPSM akan diperluaskan bagi meliputi latihan
dalamperkhidmatan berkaitan, seperti pelabuhan dan logistik, perkhidmatan
kesihatan, pemasaran, perkhidmatan ICT dan penyelidikan danpembangunan.
Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) adalah satu lagi inisiatif latihan kemahiran yang
telahdiadakan sejak tahun 2001. Tujuannya adalah untuk meningkatkan penyertaan sektor swasta
sebagai pembekal latihan dan meningkatkan akseskepada pendidikan teknikal dan
latihan vokasional
dengan menyediakan bantuan kewangan kepada para pelatih. TPK
terbuka kepada semua, termasuk
golongan lepasan sekolah, pekerja-pekerja yang diberhentikan
dan pekerja-pekerja yang sedang mengikuti kursus di institut-institut latihan
milik swasta dan kerajaan. Tujuannya adalah untukmemastikan bakal pekerja
memperoleh kemahiran yang dikehendaki oleh para majikan. Pada tahun 2003, di
samping peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Pakej Ekonomi, garis
panduanmengenai kelayakan bantuan kewangan dikaji semula untuk membolehkan
lebih ramai pelatih
dapat memperoleh latihan kemahiran di bawah TPK. Hasilnya,
dengan menggunakan peruntukanyang sedia ada (tidak termasuk RM500 juta tersebut)
TPK dapat menyediakan bantuan kewangan kepada seramai 45,856 peminjam berbanding
dengan 36,700 pada tahun yang lepas.
Selain daripada dasar latihan yang biasa diterajui oleh
Kerajaan, satu perkembangan yang menggalakkan adalah penglibatan aktif
sektorswasta bagi meningkatkan kualiti pekerja menerusi amalan sistem upah
yang dikaitkan dengan produktiviti. Di samping mengaitkan ganjaran dengan
prestasi dan produktivti yang lebih tinggi, amalan yang fleksibel tersebut
dapat membantupara majikan mengawal kos dengan lebih baik dan berkongsi
kejayaan dengan pekerja. Maklum balas ke atas Kaji selidik Gaji dan Kemudahan
Tambahan yang dijalankan oleh MEF pada tahun 2003 menunjukkan majoriti
syarikat mengamalkan sistem upah yang
dikaitkan dengan produktiviti.
|
Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023
Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...
-
RENCANA 2009 BAGAIMANA KEMELESETAN GLOBAL BARU-BARU INI MEMBERIKAN KESAN KEPADA EKONOMI MALAYSIA? (MS:13) ...
-
Tema kerja kursus ekonomi STPM boleh dikategori kepada dua jenis. melibatkan data primer data sekunder biasanya guru lebih cenderung k...
-
sebahagian daripada maklumat berkaitan perkembangan pasaran buruh Malaysia dari tahun 2001 sehingga 2012 yagng boleh dicapai dilaman web aca...