Sabtu, 10 September 2022

KERJA KURSUS EKONOMI 2022

TEMA tahun 2022 Inflasi dan Belanjawan. Tahun ni manual kerja kursus ekonomi tidak lagi boleh diakses oleh orang awam yang bukan lagi calon atau tenaga pengajar. Tema Inflasi memang sudah diduga kerana sejak awal tahun 2022 kekurangan bekalan ayam sehingga menyebabkan kenaikan harga ayam dan memaksa kerajaan menarik balik pengeksportan ayam dan membenarkan pengimpotan ayam disertai dengan penetapan harga syiling ayam di luar waktu bukan perayaan menjadikan isu INFLASI memang patut di jadikan tema pada tahun 2022. Belajawan dan Bajet. Tahun 2022 pembentangan belanjawan untuk tahun 2022/2023 bakal menjadi aras penting bagi bakal pengundi muda seusia 19 tahun ( calon STPM 2022/2023)yang boleh menjadi penentu masa hadapan politik negara. Calon STPM Ekonomi perlu menyedari bahawa pemahaman calon dalam setiap usul yang dibentangkan dalam belanjawan boleh menjadi penentu pemilihan parti mana pilihan calon muda ini. Semoga tema Belanjawan ini dapat membuka mata calon dan pengudi muda ini perubahan dari belanjawan zaman BN, PH & PN. Pihak mana yang memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat kini dan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023

Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...