ini pula himpunan Perkembangan Monetari & Kewangan 2011-2017 yang boleh didapati dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan dari tahun 2011 sehingga 2017...
|
2011
|
|
Dasar monetari
tahun 2011 kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di samping mengawal
tekanan inflasi serta mengelakkan ketidakseimbangan kewangan. Berikutan
daripada momentum pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2011, tahap dasar
monetari yang akomodatif telah dilaraskan pada 5 Mei 2011 melalui kenaikan
Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00%. Kadar
tersebut telah dikekalkan semasa semakan semula dasar pada bulan Julai
setelah mengambil kira risiko inflasi serta peningkatan ketidaktentuan
ekonomi global. Sementara itu, nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) telah dinaikkan
sebanyak 100 bps setiap kali pada April, Mei dan Julai 2011 kepada 4.00%
daripada kadar 1.00% yang ditetapkan sejak Mac 2009. Ini adalah langkah awal
bagi mengurus peningkatan mudah tunai berlebihan yang menyebabkan peningkatan
tekanan ke atas kadar tukaran asing dan harga aset.
Sektor
kewangan telah mengalami perubahan besar sejak krisis kewangan Asia 97/98,
hasil daripada pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Induk
Pasaran Modal sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu. Sektor kewangan kini lebih
kukuh, pelbagai serta berdaya tahan bagi menyokong aktiviti dalam semua
sektor ekonomi dengan berkesan. Kedudukan permodalan yang teguh dan kualiti aset
yang kukuh serta amalan pengurusan risiko yang berhemat telah menjadikan
sistem kewangan lebih stabil dan berdaya tahan. Dalam tempoh tujuh bulan
pertama 2011, jumlah permohonan pinjaman terus berkembang dengan kukuh sebanyak
23.1%, manakala kelulusan pinjaman sebanyak 20.1%. Sehingga akhir Julai 2011,
sistem perbankan semakin kukuh dengan nisbah modal wajaran risiko berada pada
paras 14.3% dan nisbah modal teras pada 12.5%. Pelan Induk Pasaran Modal 2
telah dilancarkan pada 12 April 2011, berdasarkan tema “Growth with
Governance”. Rangka tindakan strategic ini akan mentransformasikan
pasaran modal dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ianya bertujuan menangani
cabaran struktur utama dan hubung kait kritikal untuk menggalakkan persekitaran
pengantaraan yang lebih pelbagai dan inovatif serta menjana peluang
pertumbuhan baharu.
Pada masa ini,
Malaysia mempunyai infrastruktur syariah, pengawalseliaan dan undang-undang mantap
yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam yang komprehensif dalam
perbankan, takaful dan pasaran modal termasuk produk yang inovatif. Malaysia
sekali lagi menjadi peneraju kewangan Islam dengan menawarkan sukuk jangka
panjang di bawah struktur wakala. Terbitan ini merupakan sukuk pertama di
bawah struktur wakala. Walaupun pasaran tidak menentu berikutan daripada
krisis hutang berdaulat Eropah serta kelemahan pasaran utama, sukuk tersebut
telah menerima lebihan langganan 4.5 kali ganda. Berikutan penerbitan ini,
saiz pasaran modal Islam kini melebihi RM1 trilion. Malaysia kekal sebagai
peneraju terbitan sukuk yang mencakupi 62.7% daripada jumlah sukuk terkumpul
global, manakala sebanyak 89% daripada saham tersenarai merupakan sekuriti
patuh syariah. Jumlah nilai sukuk yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah
RM88.3 bilion (USD29.6 bilion) pada akhir Julai 2011, menjadikan Bursa ini
sebagai penyenarai sukuk utama dunia.
|
|
|
|
2012
|
|
Dasar monetari
dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012 lebih tertumpu kepada usaha menyokong
pertumbuhan ekonomi yang mampan, memastikan kestabilan harga serta mengelak daripada
berlakunya pasaran kewangan yang semakin tidak seimbang. Dengan mengambil kira
perkembangan luar dan dalam negeri yang tidak menentu, Kadar Dasar Semalaman
(OPR) dikekalkan pada 3.00% dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) pada 4.00%. Sistem
kewangan domestik kekal berdaya tahan meskipun terdapat ketidaktentuan dan
turun naik dalam pasaran kewangan antarabangsa serta pertumbuhan ekonomi
dunia yang semakin lemah. Keadaan yang menggalakkan ini adalah hasil daripada
keutuhan amalan tadbir urus dan pengurusan risiko yang membawa kepada
prestasi kewangan dan kualiti aset yang teguh serta kedudukan mudah tunai
yang mantap. Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012, pembiayaan melalui sistem
perbankan kekal kukuh dengan permohonan pinjaman meningkat 10% dan pengeluaran
pinjaman sebanyak 20.9%. Pada akhir Julai 2012, nisbah modal wajaran risiko (RWCR)
berada pada paras 14.4%, manakala nisbah modal teras (CCR) pada 12.7%.
Keduadua nisbah ini adalah jauh melebihi peraturan minimum semasa.
Malaysia kekal
sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia yang mencakupi 71% daripada terbitan sukuk
global dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012. Pencapaian ini adalah termasuk
sukuk tunggal terbesar di dunia bernilai RM30.6 bilion yang diterbitkan oleh
PLUS Berhad pada bulan Januari. Jumlah aset perbankan Islam berkembang 20.6%
kepada RM469.5 bilion pada akhir Julai 2012. Satu inisiatif perintis melalui
usaha sama sebuah syarikat pengurusan dana Islam Malaysia dengan sebuah entity
asing telah diwujudkan dengan pelancaran tiga dana ekuiti yang mematuhi Undertakings
for Collective Investment in Transferable Securities (UCITS) dan Syariah.
Pelancaran dana tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha
untuk memperdalam, memperluas dan mengantarabangsakan lagi pasaran modal
Islam. Dana yang mematuhi UCITS ini boleh diagihkan dalam kalangan negara
ahli Kesatuan Eropah tanpa sebarang kebenaran tambahan.
|
|
|
|
2013
|
|
Dalam tempoh
lapan bulan pertama 2013, dasar monetari memberi tumpuan untuk menyokong pertumbuhan
dalam persekitaran ekonomi global yang terus lemah dan tidak menentu. Dengan kadar
inflasi yang terus rendah, Kadar Dasar Semalaman dikekalkan pada 3.00% dan
Keperluan Rizab Berkanun pada 4.00%. Walaupun ekonomi domestik terjejas
disebabkan oleh persekitaran luar yang berterusan lemah, pembiayaan melalui
institusi kewangan dan pasaran modal terus berkembang tetapi pada kadar
sederhana untuk menyokong pengembangan aktiviti ekonomi bagi tempoh tujuh
bulan pertama 2013. Seterusnya, pasaran kewangan global mengalami peningkatan
volatiliti pada suku kedua 2013 disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pelarasan
dasar monetari di negara maju. Walau bagaimanapun, ketika volatiliti dalam
pasaran kewangan global dan domestik meningkat, sistem kewangan domestik
kekal berdaya tahan dengan institusi kewangan yang teguh serta mempunyai
permodalan kukuh, dan pengantaraan kewangan terus berfungsi secara berkesan
untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik. Pada akhir Ogos 2013, sistem
perbankan mencatatkan tahap nisbah modal ekuiti biasa kumpulan 1 pada 12%,
nisbah modal kumpulan 1 pada 12.8% dan nisbah jumlah modal pada 14.1%. Tahap
ini adalah jauh melebihi tahap minimum kawal selia di bawah rangka kerja
kecukupan modal Basel III yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2013.
Dalam tempoh
lapan bulan pertama 2013, pasaran sukuk global berkembang 32.6% berbanding tempoh
yang sama tahun 2012. Malaysia telah menarik minat penerbit asing bagi
meneroka pasaran sukuk domestik berikutan tahap kecairan dalam pasaran sukuk
yang tinggi. Sehubungan dengan itu, Malaysia terus menjadi peneraju terbitan
sukuk global yang mencakupi 70.5% atau USD53 bilion daripada sukuk yang
diterbitkan di seluruh dunia. Pada akhir Ogos 2013, Bursa Malaysia berada
pada kedudukan teratas bagi penyenaraian sukuk yang berjumlah USD32.3 bilion.
Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
(IFSA) telah berkuat kuasa pada 30 Jun 2013 bagi mengukuhkan lagi rangka
kerja pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan. FSA dan IFSA menggabungkan
beberapa undang-undang yang berasingan bagi mengawal sektor kewangan di bawah
rangka perundangan tunggal untuk sektor kewangan konvensional dan Islam. Sehubungan
dengan itu, Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 (BAFIA ), Akta
Bank Islam 1983, Akta Insurans 1996, Akta Takaful 1984, Akta Sistem
Pembayaran 2003 dan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 telah dimansuhkan pada tarikh
yang sama.
Satu lagi
peristiwa penting dalam pembangunan industri kewangan Islam ialah penjenamaan
identiti baharu iaitu “Malaysia: Pasaran Kewangan Islam Dunia” yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada Ogos 2013 kepada masyarakat antarabangsa
dengan jemputan terbuka kepada komuniti kewangan global untuk berkolaborasi dan
mendapat faedah bersama daripada pasaran kewangan Islam Malaysia yang lengkap
dengan rangka kerja regulatori, penyeliaan, Shariah dan undang-undang yang
komprehensif. Di samping itu, pasaran ini bercirikan pasaran utama yang
mendalam dan pasaran sukuk sekunder yang aktif, mekanisma penentuan harga
yang cekap, tenaga mahir bertaraf dunia yang pelbagai dan sistem penjelasan dan
penyelesaian pelbagai mata wang yang cekap.
|
|
|
|
2014
|
|
Dasar monetari
memberi tumpuan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia berikutan peningkatan ketidaktentuan
pasaran kewangan global. Kadar inflasi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun
ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014 ekoran daripada
penurunan harga minyak. Kadar Dasar Semalaman (OPR), sejak bulan Julai 2014
kekal pada 3.25% masih akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Dalam tempoh
lapan bulan pertama 2015, mata wang serantau termasuk ringgit menyusut
selaras dengan pengukuhan dolar AS di samping penambahbaikanaktiviti ekonomi
dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pengaliran keluar
portfolio yang ketara daripada pasaran kewangan pesat berkembang dan serantau.
Faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan ringgit termasuk penurunan harga
komoditi global, kejatuhan nilai yuan, lebihan dagangan yang mengecil dan factor
domestik.
Walaupun
terdapat peningkatan ketidakstabilan pasaran kewangan global, sistem kewangan
tempatan kekal berdaya tahan dan terus membekalkan mudah tunai yang mencukupi
untuk menyokong aktiviti sektor ekonomi benar. Sistem perbankan kekal
mempunyai pemodalan kukuh dengan
nisbah modal utama yang ditetapkan melebihi keperluan tahap minimum
pengawalseliaan. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015, Malaysia
menguasai 54.9% daripada pasaran sukuk global. Penerbitan keempat sukuk
berdaulat global dalam denominasi USD berjumlah USD1.5 bilion pada bulan April
2015, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global. Kepakaran
Malaysia yang diiktiraf dalam pasaran sukuk menawarkan peluang kepada peserta
pasaran kewangan tempatan dan firma perkhidmatan profesional untuk
mengembangkan dan meningkatkan kapasiti mereka di peringkat global,
terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan Islam. Dengan memanfaatkan
peranannya sebagai penerbit utama sukuk, Malaysia mengukuhkan kedudukannya
untuk lebih menguasai kewangan Islam. Dasar monetari memberi tumpuan dalam
menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia berikutan peningkatan ketidaktentuan
pasaran kewangan global. Kadar inflasi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun
ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014 ekoran daripada
penurunan harga minyak. Kadar Dasar Semalaman (OPR), sejak bulan Julai 2014
kekal pada 3.25% masih akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Dalam tempoh
lapan bulan pertama 2015, mata wang serantau termasuk ringgit menyusut
selaras dengan pengukuhan dolar AS di samping penambahbaikan aktiviti ekonomi
dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pengaliran keluar
portfolio yang ketara daripada pasaran kewangan pesat berkembang dan serantau.
Faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan ringgit termasuk penurunan harga
komoditi global, kejatuhan nilai yuan, lebihan dagangan yang mengecil dan factor
domestik.
Walaupun
terdapat peningkatan ketidakstabilan pasaran kewangan global, sistem kewangan
tempatan kekal berdaya tahan dan terus membekalkan mudah tunai yangmencukupi
untuk menyokong aktiviti sektor ekonomi benar. Sistem perbankan kekal
mempunyai pemodalan kukuh dengan nisbah modal utama yang ditetapkan melebihi keperluan
tahap minimum pengawalseliaan.
Dalam tempoh
enam bulan pertama tahun 2015, Malaysia menguasai 54.9% daripada pasaran
sukuk global. Penerbitan keempat sukuk berdaulat global dalam denominasi USD
berjumlah USD1.5 bilion pada bulan April 2015, mengukuhkan kedudukan Malaysia
sebagai peneraju global. Kepakaran Malaysia yang diiktiraf dalam pasaran
sukuk menawarkan peluang kepada peserta
pasaran kewangan tempatan dan firma perkhidmatan profesional untuk
mengembangkan dan meningkatkan kapasiti mereka di peringkat global,
terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan Islam. Dengan memanfaatkan
peranannya sebagai penerbit utama sukuk, Malaysia mengukuhkan kedudukannya
untuk lebih menguasai kewangan Islam.
|
|
|
|
2015
|
|
Dasar monetari
memberi tumpuan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia berikutan
peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan global. Kadar inflasi dalam
tempoh lapan bulan pertama tahun ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama
pada tahun 2014 ekoran daripada penurunan harga minyak. Kadar Dasar Semalaman
(OPR), sejak bulan Julai 2014 kekal pada 3.25% masih akomodatif dan menyokong
aktiviti ekonomi.
Dalam tempoh
lapan bulan pertama 2015, mata wang serantau termasuk ringgit menyusut
selaras dengan pengukuhan dolar AS di samping penambahbaikan aktiviti ekonomi
dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pengaliran keluar
portfolio yang ketara daripada pasaran kewangan pesat berkembang dan serantau.
Faktor lain yang mempengaruhi kejatuhan ringgit termasuk penurunan harga
komoditi global, kejatuhan nilai yuan, lebihan dagangan yang mengecil dan factor
domestik.
Walaupun
terdapat peningkatan ketidakstabilan pasaran kewangan global, sistem kewangan
tempatan kekal berdaya tahan dan terus membekalkan mudah tunai yang mencukupi
untuk menyokong aktiviti sektor ekonomi benar. Sistem perbankan kekal
mempunyai pemodalan kukuh dengan
nisbah modal utama yang ditetapkan melebihi keperluan tahap minimum
pengawalseliaan.
Dalam tempoh
enam bulan pertama tahun 2015, Malaysia menguasai 54.9% daripada pasaran
sukuk global. Penerbitan keempat sukuk berdaulat global dalam denominasi USD
berjumlah USD1.5 bilion pada bulan April 2015, mengukuhkan kedudukan Malaysia
sebagai peneraju global. Kepakaran Malaysia yang diiktiraf dalam pasaran
sukuk menawarkan peluang kepada peserta pasaran kewangan tempatan dan firma
perkhidmatan profesional untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti mereka
di peringkat global, terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan
Islam. Dengan memanfaatkan peranannya sebagai penerbit utama sukuk, Malaysia
mengukuhkan kedudukannya untuk lebih menguasai kewangan Islam.
|
|
|
|
2016
|
|
Pendirian
dasar monetari kekal konsisten ke arah mencapai kestabilan harga dan
pertumbuhan mapan. Aktiviti pengantaraan kewangan terus disokong dengan baik
oleh institusi kewangan yang kukuh dan mudah tunai mencukupi. Berkuatkuasa 1
Februari 2016, BNM telah mengurangkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada
4.00% kepada 3.50% untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem
kewangan domestik.
Kadar Dasar
Semalaman (OPR) juga telah dikurangkan daripada 3.25% kepada 3.00% pada 13
Julai 2016 untuk memastikan ekonomi terus berkembang mapan. Dalam tempoh
lapan bulan pertama 2016, inflasi meningkat 2.3% berbanding tempoh sama tahun
lepas, didahului oleh kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan,
air, elektrik, gas dan bahan api lain serta minuman alkohol dan tembakau.
Dalam tempoh sama, ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan
serantau, serentak dengan langkah pelonggaran monetari dalam ekonomi utama
dan peningkatan harga minyak mentah global.
Pada 2015,
pasaran modal Malaysia adalah keempat terbesar di Asia dari segi peratusan
kepada KDNK. Pada akhir Julai 2016, pasaran modal Malaysia telah mencecah RM2.8
trilion, terdiri daripada 60.7% pasaran modal Islam. Pada 20 April 2016,
Kerajaan berjaya menerbitkan sukuk berdaulat global kelima dalam dolar AS
berjumlah USD1.5 bilion. Aset pendasar sukuk tersebut terdiri daripada 100%
aset bukan fizikal, menandakan satu lagi kejayaan besar pembangunan produk
inovatif dalam pasaran kewangan Islam. Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai
peneraju sukuk global, menyumbang 53.4% atau USD180 bilion daripada sukuk
terkumpul global, pada akhir Jun 2016.
|
|
|
|
2017
|
|
Walaupun wujud ketidaktentuan persekitaran luaran, dasar monetari kekal
akomodatif di samping mengekalkan kestabilan harga. Kadar Dasar Semalaman
(OPR) kekal tidak berubah pada tujuh bulan pertama 2017 walaupun beberapa
ekonomi utama mengubah dasar monetari bagi menangani ketidaktentuan ini. Pada
masa yang sama, ringgit mengukuh disokong oleh perkembangan positif ekonomi
domestik dan pelbagai langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan
(FMC) terutamanya dalam meningkatkan kecairan pasaran bon dan membenarkan
fleksibiliti lindung nilai yang lebih besar dalam pasaran domestik.
Sementara itu, sistem perbankan kekal berdaya tahan disokong oleh
institusi yang kukuh dan keyakinan berterusan terhadap sistem kewangan.
Keuntungan sistem perbankan kekal memberangsangkan berikutan penggunaan teknologi
baharu yang cekap dan pengoptimuman tenaga kerja. Sementara itu, pelancaran
sukuk hijau pertama di dunia menandakan satu lagi pencapaian yang signifikan
dalam inovasi produk yang memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pasaran
kewangan Islam yang terkemuka serta kredibiliti negara sebagai pusat kewangan
bagi pembiayaan yang mapan.
Di samping itu, pertumbuhan kewangan digital mula berkembang pesat dan
mengubah lanskap pasaran kewangan global dengan pengenalan model dan
penyelesaian perniagaan baharu yang membolehkan kecekapan lebih tinggi dan
pengurusan risiko yang lebih baik. Bagi memoden dan meningkatkan kecekapan sektor
kewangan, Kerajaan telah menyediakan persekitaran kawal selia yang menyokong
untuk mempromosi teknologi kewangan (Fintech). Di samping itu, bagi
menggalakkan keterangkuman kewangan, Kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif
dan program kesedaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|