Khamis, 16 Mei 2019

DATA HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1970-2017

Sebenarnya saya ada mengupload data berkaitan dengan DATA  HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1970-2017 di laman academia sejak akhir April 2019. Sekadar melihat respon calon. Cuma ada reaksi pada 15 Mei 2019. Rasanya pelajar ni baru aja terima taklimat dari guru dia kot. So d all ni trylah google dan terjumpa pasal tajuk  HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN.
So, ini link utk data tersebut https://www.academia.edu/38885679/Hutang_kerajaan_persekutuan.

Kalau sesiapa yang bijak menggunakan laman academia pasti akan bertemu dengan satu jurnal @ artikel yang membincangkan berkaitan dengan Hutang Kerajaan Persekutuan Di Malaysia 1981-  .
Ini adalah sedutan jurnal tersebut.

          Kerajaan memerlukan sumber kewangan yang besar dan berterusan bagi membiayai perbelajaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Dalam keadaan hasil negara tidak boleh menampung keperluan belanjawan tahunan, kerajaan perlu membuat pinjaman. Menurut Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman di bawah undang-undang Persekutuan. Akaun Pinjaman Disatukan merupakan akaun khusus untuk memperakaunkan urusniaga pinjaman Kerajaan.
          Terdapat empat agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam mengurus hutang kerajaan Pusat iaiatu Perbendaharaan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Akautan Negara Malaysia (ANM). Perbendaharaan Malaysia berperanan membuat dasar perancangan program pinjaman seperti meluluskan jenis pinjaman dan kuantum pinjaman yang diambil. Bank Negara Malaysia pula akan menerima dan membuat pembayaran pinajaman pasaran dan dalam negeri selaku banker dan advisor kepada Kerajaan Malaysia. Manakala Unit Perancangan Ekonomi (EPU) akan menyediakan belanjawan pembangunan dan mengenalpasti pinjaman bagi projek bilateral. Akauntan Negara Malaysia (ANM) berperanan menyelenggara rekod dan mengakaunkan Hutang Persekutuan.
          Instrumen hutang Kerajaan Persekutuan boleh diklasifikasi kepada dua jenis iaitu pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negeri. Pinjaman dalam negeri diklasifikasi kepada empat jenis iaitu Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Sukuk. Pinjaman Luar Negara meliputi pinjaman pasaran, pinjaman projek, pinjaman bersindiket, kredit pembekal dan IMF.
          Jadual 1, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 1981 sehingga 2018 didapati menunjukkan berlaku trend peningkatan hutang saban tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 1991. Walau bagaimanapun, peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1989 meningkat pada kadar 1.0% berbanding jumlah hutang pada tahun 1988. Hutang Kerajaan Pusat mula menunjukkan trend penurunan mulai tahun 1992 iaitu turun sebanyak 2.1% berbanding 1991. Trend ini berterusan sehingga pada tahun 1996 dengan peratusan terbanyak turun pada tahun 1994 iaitu 2.9% berbanding pada tahun 1993 iaitu sekadar 1.1% berbanding dengan tahun 1992.
          Pada tahun 1997, hutang Kerajaan Persekutuan mula menunjukkan trend menaik iaitu naik 0.3% berbanding pada tahun 1996 dan berterusan naik sehinggalah pada tahun 2018. Kenaikan tertinggi berlaku pada tahun 1999 iaitu pada tahun Dato' Sri Haji Mohammad Najib mengambilalih pentadbiran dari Tun Abdullah dengan mencatatkan kenaikan sebanyak RM55,949 juta atau 18.3 %, kenaikan tertinggi hutang Kerajaan Persekutuan selepas Krisis Ekonomi Asia 1997. Walaupun Malaysia turut menerima impak dari Krisis Asia 1997, hutang kerajaan Persekutuan tidak pernah melebihi 46% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997 dan selapas Tun Abdullah mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan daripada Tun Mahathir. 
          Sejak Dato' Sri Haji Mohammad Najib mengambilalih pentadbiran, hutang Kerajaan Persekutuan menunjukkan trend peningkatan dan apabila dilihat secara carta kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan didapati mencuram ke atas dan tidak mendatar ke atas ketika pentadbiran Tun Mahathir 1981-2003. Cuma kadar kenaikan pada tahun 2016 didapati berkurang berbanding pada tahun sebelumnya iaitu RM17,935 juta berbanding kenaikan yang dicatat pada tahun 2015 (RM47,712 juta berbanding 2014). Apabila mengambila kira kenaikan hutang sejak 2009 sehingga 2017, purata kenaikan tahunan hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM42.2 ribu juta.
         Jika dibandingkan dengan semasa pentadbiran Tun Abdullah (2004-2008), purata kenaikan hutang tahunan semasa pentadbirannya adalah RM23.5 ribu juta. Apabila perbandingan dibuat semasa pentadbiran Tun Mahathir yang hampir 23 tahun, purata tahunan kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM6.85ribu juta setelah mengambilkira turun naik hutang Kerajaan Persekutuan sepanjang pentadbiran Tun Mahathir.

TAHUN
HUTANG DALAM NEGERI
HUTANG LUAR
JUMLAH KESELURUHAN
1981
22,851
8,278
31,129
1982
28,711
13,158
41,869
1983
33,955
17,728
51,683
1984
37,075
20,848
57,923
1985
40,812
23,070
63,882
1986
45,698
28,310
74,008
1987
54,796
27,629
82,425
1988
63,097
25,922
89,019
1989
65,764
24,182
89,946
1990
69,988
24,726
94,714
1991
73,655
25,418
99,073
1992
76,083
20,922
97,005
1993
76,536
19,362
95,898
1994
78,260
14,818
93,078
1995
78,038
13,331
91,369
1996
79,211
10,470
89,681
1997
76,968
12,952
89,920
1998
85,157
14,924
100,081
1999
88,611
18,368
106,979
2000
101,666
18,821
120,487
2001
117,325
24,328
141,653
2002
125,605
36,283
161,888
2003
151,483
37,284
188,767
2004
181,970
34,654
216,624
2005
198,670
30,000
228,670
2006
217,220
25,005
242,225
2007
247,120
19,602
266,722
2008
286,121
20,316
306,437
2009
348,600
13,786
362,386
2010
390,356
16,745
407,101
2011
438,025
18,103
456,128
2012
484,769
16,848
501,617
2013
523,095
16,763
539,858
2014
566,052
16,776
582,828
2015
609,063
21,477
630,540
2016
624,822
23,653
648,475
2017
665,572
21,265
686,837
2018
719,545
21,504
741,049
Jadual 1: Hutang Kerajaan Persekutuan, Malaysia 1981-2018

      

Data Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 2023

Assalamualaikum Sudah lama tak update isu berkaitan kerja kursus ekonomi STPM. Tak pasti tema apa tahun 2023. Rasanya ada kaitan dengan huta...