So, ini link utk data tersebut https://www.academia.edu/38885679/Hutang_kerajaan_persekutuan.
Kalau sesiapa yang bijak menggunakan laman academia pasti akan bertemu dengan satu jurnal @ artikel yang membincangkan berkaitan dengan Hutang Kerajaan Persekutuan Di Malaysia 1981- .
Ini adalah sedutan jurnal tersebut.
Kerajaan memerlukan sumber kewangan
yang besar dan berterusan bagi membiayai perbelajaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Dalam keadaan hasil negara
tidak boleh menampung keperluan belanjawan tahunan, kerajaan perlu membuat
pinjaman. Menurut Perkara 111
Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan kuasa kepada
Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman di bawah undang-undang Persekutuan. Akaun Pinjaman Disatukan merupakan
akaun khusus untuk memperakaunkan urusniaga pinjaman Kerajaan.
|
||||||||||||||
Terdapat empat agensi kerajaan yang
memainkan peranan penting dalam mengurus hutang kerajaan Pusat iaiatu
Perbendaharaan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
dan Akautan Negara Malaysia (ANM). Perbendaharaan Malaysia berperanan membuat
dasar perancangan program pinjaman
seperti meluluskan jenis pinjaman dan kuantum pinjaman yang diambil. Bank
Negara Malaysia pula akan menerima dan membuat pembayaran pinajaman pasaran
dan dalam negeri selaku banker dan advisor kepada Kerajaan Malaysia. Manakala
Unit Perancangan Ekonomi (EPU) akan menyediakan belanjawan pembangunan dan mengenalpasti pinjaman bagi
projek bilateral. Akauntan Negara Malaysia (ANM) berperanan menyelenggara rekod dan mengakaunkan Hutang
Persekutuan.
|
||||||||||||||
Instrumen hutang Kerajaan Persekutuan
boleh diklasifikasi kepada dua jenis iaitu pinjaman dalam negeri dan pinjaman
luar negeri. Pinjaman dalam negeri diklasifikasi kepada empat jenis iaitu Bil
Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan
Sukuk. Pinjaman Luar Negara meliputi pinjaman pasaran, pinjaman projek,
pinjaman bersindiket, kredit pembekal dan IMF.
|
||||||||||||||
Jadual 1, jumlah hutang Kerajaan
Persekutuan dari tahun 1981 sehingga 2018 didapati menunjukkan berlaku trend
peningkatan hutang saban tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 1991. Walau
bagaimanapun, peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1989
meningkat pada kadar 1.0% berbanding jumlah hutang pada tahun 1988. Hutang
Kerajaan Pusat mula menunjukkan trend penurunan mulai tahun 1992 iaitu turun
sebanyak 2.1% berbanding 1991. Trend ini berterusan sehingga pada tahun 1996
dengan peratusan terbanyak turun pada tahun 1994 iaitu 2.9% berbanding pada
tahun 1993 iaitu sekadar 1.1% berbanding dengan tahun 1992.
|
||||||||||||||
Pada tahun 1997, hutang Kerajaan
Persekutuan mula menunjukkan trend menaik iaitu naik 0.3% berbanding pada
tahun 1996 dan berterusan naik sehinggalah pada tahun 2018. Kenaikan
tertinggi berlaku pada tahun 1999 iaitu pada tahun Dato' Sri Haji Mohammad Najib mengambilalih
pentadbiran dari Tun Abdullah dengan mencatatkan kenaikan sebanyak RM55,949
juta atau 18.3 %, kenaikan tertinggi hutang Kerajaan Persekutuan selepas
Krisis Ekonomi Asia 1997. Walaupun Malaysia turut menerima impak dari Krisis
Asia 1997, hutang kerajaan Persekutuan tidak pernah melebihi 46% dari
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997 dan selapas Tun Abdullah
mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan daripada Tun Mahathir.
|
||||||||||||||
Sejak Dato' Sri Haji Mohammad Najib mengambilalih
pentadbiran, hutang Kerajaan Persekutuan menunjukkan trend peningkatan dan
apabila dilihat secara carta kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan didapati
mencuram ke atas dan tidak mendatar ke atas ketika pentadbiran Tun Mahathir
1981-2003. Cuma kadar kenaikan pada tahun 2016 didapati berkurang berbanding
pada tahun sebelumnya iaitu RM17,935 juta berbanding kenaikan yang dicatat
pada tahun 2015 (RM47,712 juta berbanding 2014). Apabila mengambila kira
kenaikan hutang sejak 2009 sehingga 2017, purata kenaikan tahunan hutang
Kerajaan Persekutuan adalah RM42.2 ribu juta.
|
||||||||||||||
Jika dibandingkan dengan semasa
pentadbiran Tun Abdullah (2004-2008), purata kenaikan hutang tahunan semasa
pentadbirannya adalah RM23.5 ribu juta. Apabila perbandingan dibuat semasa
pentadbiran Tun Mahathir yang hampir 23 tahun, purata tahunan kenaikan hutang
Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM6.85ribu juta setelah mengambilkira
turun naik hutang Kerajaan Persekutuan sepanjang pentadbiran Tun Mahathir.
|
||||||||||||||
TAHUN
|
HUTANG DALAM NEGERI
|
HUTANG LUAR
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
|||||||||||
1981
|
22,851
|
8,278
|
31,129
|
|||||||||||
1982
|
28,711
|
13,158
|
41,869
|
|||||||||||
1983
|
33,955
|
17,728
|
51,683
|
|||||||||||
1984
|
37,075
|
20,848
|
57,923
|
|||||||||||
1985
|
40,812
|
23,070
|
63,882
|
|||||||||||
1986
|
45,698
|
28,310
|
74,008
|
|||||||||||
1987
|
54,796
|
27,629
|
82,425
|
|||||||||||
1988
|
63,097
|
25,922
|
89,019
|
|||||||||||
1989
|
65,764
|
24,182
|
89,946
|
|||||||||||
1990
|
69,988
|
24,726
|
94,714
|
|||||||||||
1991
|
73,655
|
25,418
|
99,073
|
|||||||||||
1992
|
76,083
|
20,922
|
97,005
|
|||||||||||
1993
|
76,536
|
19,362
|
95,898
|
|||||||||||
1994
|
78,260
|
14,818
|
93,078
|
|||||||||||
1995
|
78,038
|
13,331
|
91,369
|
|||||||||||
1996
|
79,211
|
10,470
|
89,681
|
|||||||||||
1997
|
76,968
|
12,952
|
89,920
|
|||||||||||
1998
|
85,157
|
14,924
|
100,081
|
|||||||||||
1999
|
88,611
|
18,368
|
106,979
|
|||||||||||
2000
|
101,666
|
18,821
|
120,487
|
|||||||||||
2001
|
117,325
|
24,328
|
141,653
|
|||||||||||
2002
|
125,605
|
36,283
|
161,888
|
|||||||||||
2003
|
151,483
|
37,284
|
188,767
|
|||||||||||
2004
|
181,970
|
34,654
|
216,624
|
|||||||||||
2005
|
198,670
|
30,000
|
228,670
|
|||||||||||
2006
|
217,220
|
25,005
|
242,225
|
|||||||||||
2007
|
247,120
|
19,602
|
266,722
|
|||||||||||
2008
|
286,121
|
20,316
|
306,437
|
|||||||||||
2009
|
348,600
|
13,786
|
362,386
|
|||||||||||
2010
|
390,356
|
16,745
|
407,101
|
|||||||||||
2011
|
438,025
|
18,103
|
456,128
|
|||||||||||
2012
|
484,769
|
16,848
|
501,617
|
|||||||||||
2013
|
523,095
|
16,763
|
539,858
|
|||||||||||
2014
|
566,052
|
16,776
|
582,828
|
|||||||||||
2015
|
609,063
|
21,477
|
630,540
|
|||||||||||
2016
|
624,822
|
23,653
|
648,475
|
|||||||||||
2017
|
665,572
|
21,265
|
686,837
|
|||||||||||
2018
|
719,545
|
21,504
|
741,049
|
|||||||||||
Jadual
1: Hutang Kerajaan Persekutuan, Malaysia 1981-2018
|
||||||||||||||
Tiada ulasan:
Catat Ulasan